Pemilihan Event
Running event saya yang pertama
pada tahun ini ialah Twincity Marathon 2020 bertempat di Cyberjaya yang
berlangsung pada 19 Januari 2020. Sebenarnya Event ni berlangsung dua hari si
mana pada 18 Januari 2020 tersebut berlangsung larian kategori kanak-kanak.
Bagi review ini saya akan review acara pada 19 haribulan sahaja.
Ada tiga factor utama saya
memilih larian ini. Faktor pertama ialah kerana Tarikh lariannya pada hari Ahad,
ia adalah hari yang paling selamat untuk saya berlari kerana kalau hari Sabtu
kadang-kadang orang rumah kena pergi kerja dan tak ada orang nak jaga anak yang
masih kecil. Faktor kedua lokasinya di Cyberjaya pada pengalaman saya adalah
lokasi yang selasa kerana senang nak parking, tak sesak/jem, track tak terlalu
berbukit dan pemandangan yang cantik. Akhir sekali kerana acara ini adalah antara
acara besar yang dinanti-nantikan oleh pelari di Malaysia. Dengar cerita banyak
makanan free he he.
Ada empat kategori berlangsung pada
19 haribulan tu 42km, 21km, 12km dan 5km, saya memilih untuk berlari 12km
sahaja sebab tak confident untuk next 21km. Sebenarnya event ni kali ke-6
dianjurkan dan kali ini penyertaan adalah yang teramai iaitu melebihi 12,000
orang. Mungkin disebabkan permintaan tinggi yuran penyertaan agak mahal iaitu RM90,
RM80, RM65 & RM55 bagi keempat-empat kategori respectively.
Race Pack Collection

Race pack collection diadakan di RekaScape,
Cyberjaya memang first time bagi saya sampai ke situ. Diadakan tiga hari dari
16 hingga 18 Januari 2020. Bila event besar ingatkan akan ada banyak voucher
atau free gift disertakan Bersama race pack tapi kecewa memang dapat baju dan
bib semata-mata saja. Design baju cantik tapi kualiti kain macam tak seberapa. Satu
lagi untuk kategori 12 dan 5 KM warnanya macam tak sesuai untuk acara larian atas
jalan raya kerana agak gelap tambahan pula flag off pada jam 0630H persekitaran
masih. Boleh tengok gambar di bawah:
Foto kredit to ActionPix
Flag Off
Mungkin sebab kurang bersedia atau
planning gagal, saya sampai ke lokasi event tepat pada waktu flag off jam 0630H.
Masa tu masih dalam kereta dan tak jumpa parking lagi. Tambah dengan parking
tepi jalan pun penuh terpaksa parking jauh saya start lewat 10 minit. Tapi tak
risau sangat sebab memang ramai pun pelari 12km yang dating lewat dan lagi satu
bukan nak kejar podium pun ha ha.
Secara keseluruhannya saya
perhatikan event berjalan dengan lancer dan meriah. Seperti yang di jangka
makanan free semasa larian disediakan merupakan kuih-kuih tradisional seperti
Peneram, Cakoi dan keropok lekor.
Foto Credit to ActionPix
Sebelum sampai ke breakfast
station, ada bertembung dengan 21KM & 42km Runners, mungkin sebab kualiti
baju kurang bagus ataupun ramai yang tak selesa dengan baju singlet yang diberi
ramai yang memakai baju larian masing-masing berbanding baju larian yang
diberi. Mungkin juga ramai yang otai-otai berlari yang memang ada baju larian
masing-masing yang lebih selesa.
Finish Line
Tiba di finish line dan terima
medal semuanya berjalan lancar, dan ada lagi makanan percuma bihun goreng
disediakan selain dari air minuman dan roti. Sempat juga makan bihun sepinggan
sebelum balik. Macam biasa Cuma 21km dan 42km sahaja diberikan finishing tee tapi
dari pemerhatian saya warna baju larian dan finising tee hampir sama. Tapi
rasanya bagi pelari tegar mereka tak kisah pun mungkin dah berlambak baju larian
dan finishing tee di rumah yang penting adalah kepuasan menghabiskan larian
dengan pace dan masa masing-masing.
Cut off time bagi 42km ialah 8
jam, bila tengok orang berlari slow pun boleh sampai dan pacer 8 jam hanya
berjalan kaki sahaja rasa macam nak try 42 km pulak. Keyakinan tu ada, nanti
boleh cuba.
Dari segi medal saya tak ada apa-apa
komen kerana tak ada apa-apa yang special, Sepanjang larian banyak photographer
yang mengambil gambar, satu hari juga scroll gambar-gambar larian adalah jumpa
dua gambar. Malu nak tunjuk, nantilah next larian.
Ciajoulah...
Peristiwa sebelum PKP kan, sekarang kawalan pergerakan..mohon ambil berat kesihatan ya dek..
ReplyDeleteSempat join tiga larian untuk tahun 2020 sebelum PKP start :D
Delete