Jalan jalan di Kerala, India
Pada Februari 2020 saya berpeluang melawati bandar Kochi di Kerala di India atas urusan kerja. Lawatan selama dua hari itu melibatkan aktiviti kerja selama setengah hari sahaja, masa selebihnya saya gunakan untuk jalan-jalan di sekitar bandar Kerala. Nak pergi jauh-jauh tak sempat.
Kerala adalah sebuah negeri persisir laut yang terletak di
Barat Laut India. Berkepadatan 30 Juta orang, majoriti berbangsa Malayalam.
Bandar terbesar di Kerala ialah Kochi (ada yang panggil Cochin), rata-rata
penduduk di Kochi beragama Hindu (Kebanyakan di selatan), Kristian (kebanyakan
di pusat bandar) dan Islam (kebanyakan di utara). Cuaca di sini lebih kurang
macam di Malaysia/Thailand sebab berkongsi Latitude dengan Thailand.
Kerala di India
Terdapat dua penerbangan terus Air Asia dari Kuala Lumpur ke
Kochi. Kedua-duanya pada sebelah malam. Penerbangan lain saya tak berapa pasti
sebab tiket flight disediakan oleh syarikat, jadi saya tak survey tiket.
Saya bertolak dari Kuala Lumpur jam 9:00 malam waktu KL dan
tiba di sana dalam jam 10:30 waktu tempatan, cuaca panas lebih kurang di
Malaysia. Airport di sana agak selesa kerana kelihatan baru, bersih dan tak
ramai orang. Paip juga disediakan di tandas.
Airport Bersih
Keluar sahaja dari Airport ternampak restoran bernama
‘Chili’ terus perut terasa lapar. Menu di sini lebih kurang macam kedai mamak
di Malaysia, suasana pun lebih kurang. Tapi potion makanannya banyak.
Semasa di Kuala Lumpur saya dah study apps E-Hailing yang
available di Kerala dan saya menjumpai applikasi ‘Ola’. Selesai makan, saya pun
book Ola untuk ke Hotel. Mungkin penggunaannya lain sikit dari Grab sebab lepas
book tu driver Ola tersebut call saya bertanyakan lokasi sebenar saya
seolah-olah dia tak tahu. Agak sukar nak berkomunikasi dengan orang di sana
melalui telefon kerana Bahasa Inggeris mereka pun kedengaran seperti orang
India tapi Alhamdulillah beliau sampai juga. Agak kecawa juga sebab keretanya
agak buruk, bila saya buka pintu penumpang belakang ribuan nyamuk berterbangan
keluar dari kereta. Bukannya saya menambah tapi memang ribuan nyamuk sampai
saya terpaksa tunggu dan kipas2 supaya semua nyamuk-nyamuk tersebut keluar baru
boleh masuk ke dalam kereta.
Apps Ola
Pamandu Ola tersebuat
agak ramah Cuma saya dapat nak faham 100% apa yang dia cuba sampaikan. Saya
menginap di The Crescent Suites Hotel di utara pekan Kalamassery. Hotel ni saya
yang request berdasarkan review di Google dan saya memang tak berapa suka
tinggal di hotel yang terlalu mewah atau terlalu murah bila ke luar negara.
Tapi Alhamdulillah hotel ni selesa. Lagipun hotel ni dekat dengan train station,
senang untuk bergerak.
Di india, agak sukar untuk membeli sim card, nasib baik saya
dah prepare dengan roaming package murah DiGi RM25 2Gb untuk tiga hari. Di
Kerala juga tak banyak premise yang boleh menerima kad kredit. Jadi, kena
prepare cash lebih sikit. Tapi nasib baiklah barang-barang di sini tak mahal.
Keesokan paginya saya memulakan kerja sehingga jam 2:00
petang. Habis kerja, tempat pertama yang saya tuju ialah Lulu Mall iaitu mall
terbesar di Kochi. Tak ada apa-apa yang unik di sini, sama sahaja dengan mall
di Malaysia, harga pun lebih kurang dan kebanyakan barang di sini boleh
didapati di Malaysia juga. Cuma tanggapan awal saya salah kerana di sini
berbeza dari tempat di India yang lain kerana di sini penduduknya agak menjaga
kebersihan, mall di sini bersih tandas dan suraunya juga bersih dan selesa.
Surau memang disediakan di Mall kerana banyak orang Islam di sini. Makanan
halal juga mudah dijumpai. Orang Malayalam ni lebih kurang macam orang melayu,
kulit mereka tak terlalu hitam dan tak terlalu cerah dan quite behave, tak
kecoh-kecoh bila bersembang.
Turkish Ice Cream Trick di Lulu Mall
Dari Lulu mall ke hotel saya mencuba menaiki train di sini.
Bukan train yang boleh duduk berlonggok-longgok atas bumbung tu ye, Train di
sini lebih kurang macam kita punya LRT, bersih, tak sesak, tak payah tunggu
lama, tambang murah dan selesa. Dari Lulu Mall ke Hotel saya menaiki train dari
Edapally ke stesen Kalamassery, tambang hanya 20 rupee sahaja iaitu dalam
RM1.10. Dari train ke Hotel saya hanya berjalan kaki. Masa jalan kaki sempat
bergambar dengan Tuk Tuk.
Tiket Train
Bergambar dengan Tuk Tuk
Selesai berehat sebentar di Hotel, sy plan untuk pergi
jogging. Memang kebiasaan saya berjogging apabila travel sebab sambil jogging
lah boleh tengok suasana sekitar dengan lebih dekat. Dapat tengok cara hidup
masyarakat di sekitar. Cuma nak bergambar saya tak tau nak bergambar di mana
nak bagi Nampak sedang berada di India sebab mana-mana tempat saya bergambar
pun Nampak macam di Malaysia sebab di Malaysia pun ramai orang India. Sedikit
perbezaan yang saya Nampak ialah di sini ada Tuk Tuk.
Tuk Tuks :-D
Berjogging di sini agak menyeronokkan cuma berjogging
bukanlah aktiviti biasa di sini agaknya, jadi saya tak jumpa orang lain yang
berjogging jugak. Masa saya jogging pun ramai yang memandang dengan muka pelik.
Tak macam taman perumahan di Malaysia sini tak banyak anjing, kalua ada pun
memang jenis tak kacau orang. Sempat tengok family muslim buat persiapan kenduri
kahwin. Banyak gereja besar di sini. Kuil-kuil hindu di sini biasanya terletak
jauh dari jalan utama, mungkin sebab nak jauh dari bunyi bising.
Balik dari Jogging saya bersiap untuk makan malam. Di
sekitar Kalamassery ni senang nak jumpa restoran yang Halal. Salah satunya
Grand Royal Restaurant, sebijik macam kedai mamak dekat Malaysia tapi lebih
efficient sebab pelayannya sentiasa prihatin kalua anda nak sesuatu dan mereka
sentiasa berdiri di tengah-tengah restoran bersedia jika pelanggan perlukan
sesuatu.
Masa ni saya tak lapar sangat, jadi saya cuma order shawarma
sahaja. Di sini ada dua jenis shawarma, plate & roll. Biasa jumpa kat Malaysia
roll sahaja, kalau yang plate ni dia letak dalam pinggan dan tak roll. Minumam
saya order air limau dan teh sebab haus sangat. Air suam disediakan di setiap
meja free. Cume dekat sini kalua order teh portio dia memang kecil. Satu per
tiga gelas kita kat Malaysia rasanya.
Shawarma Plate
Esoknya adalah hari balik ke Malaysia, tapi flight saya
sebelah malam jadi saya ada pagi sampai petang untuk bersiar-siar dia bandar
Kochi ni. Saya plan untuk tinggalkan beg di hotel dan check out terus, tapi
sebelum tu sarapan dulu memandangkan sarapan disediakan di Hotel ni. Hajat di
hati nak try Indian breakfast memandangkan semalam saya dah try English
breakfast, tapi sampai-sampai sahaja di meja sarapan terus dihulurkan English breakfast,
kesian pulak nak mintak tukar sebab nanti dia kena masak lain. Jadi hentam
sajalah.
English Breakfast
Sepanjang menginap di The Crescent Suites Hotel ni saya tak Nampak
pun pengunjung lain, mungkin juga sektor pelancongan di sini tak berapa bagus
jadi tak ramai yang duduk di hotel. Lagipun sepanjang saya berjalan-jalan di
Kerala ni saya tak nampak pun pelancong.
Saya mulakan perjalanan dengan menaiki Metro dari North
Kalamassery ke M.G Road. Tujuan saya ialah Kawasan tepi laut Marine Drive,
khabarnya ramai pelancong di sana dan pemandangannya cantik. Tiada Stesen Metro
yang terletak betul-betul di Marine Drive. M.G Road terletak lebih kurang dua
km dari Marine Drive, saya boleh menaiki Tuk-Tuk tapi memilih untuk jalan kaki
sahaja untuk melihat dengan lebih dekat keadaan hidup masyarakat di sini.
Kesimpulan yang saya boleh buat ialah rasa macam berjalan di pekan-pekan lama
di Ipoh.
Marine drive ni tempat orang menyewa bot untuk pelancongan.
Banyak bot di sini yang menyediakan pelancongan air bersiar-siar di laut
sekitar pantai kerala. Ada jugak bot teksi atau feri untuk menyeberak ke pulau-pulau
berhampiran sebab di sini bukanlah laut lepas kerana terdapat dua tiga lapisan
pulau-pulau besar sebelum samai ke laut lepas. Diorang panggil laut antara
pulau dan tanah besar ni backwaters. Kalau anda tengok peta Kerala/kochi anda
akan faham maksud backwaters.
Back waters
Saya berjalan menyusur Marine Drive, memang banyak pelancong
tapi kebanyakannya pelancong tempatan. Sepanjang Marine Drive ni penuh dengan
jeti bot, pemandangan boleh tahan cantik dan agak bersih juga.
Marine Drive Boats
Marine Drive Walk
Di hujung selatan Marine Drive saya bertemu dengan sebuah
taman dipanggil Subhash Bose Park. Sempat merayau-rayau di sini sambal selfie.
Pemandangan di sini cantik tamannya pun terurus dan bersih. Banyak couple yang
berdating dan ramai juga pelancong asing di sini. Tenang seketika melihat
pemandangan di sini.
View di Subhash Bose Park
Selesai bersiar-siar saya mula mencari souvenir untuk family
di Malaysia. Kedai souvenir berhampiran ialah Tribes of India. Sebagai seorang
runner berjalan kaki 4 -5 km tu tak rasa apa pun. Tapi kalau anda tak biasa
berjalan jauh-jauh baiklah mengambil Tuk-Tuk. Souvenir di Tribes of India ni
agak exclusive dan mahal sedikit, di sini semua hasil tangan entik-etnik kecil
di India dikumpul untuk dijadikan souvenir. Saya cuma beli kurta perempuan
sahaja untuk orang rumah selebihnya saya ingat nak cari di kedai-kedai biasa
sahaja.
Di Tribes of India
Kemudian saya plan untuk ke Jew Town, baru saya tahu di
India pun ada orang Yahudi. Ada dua lapisan pulau sebelum tanah besar, Jew town
terletak di lapisan luar sekali. Agak jauh kalau nak berjalan kaki dengan masa
yang terhad ni jadi saya memilih untuk menaiki E-Hailing. Saya dimaklumkan di
sini ada Uber memandangkan saya dah serik guna Ola jadi saya pakai try uber
pulak. Kereta yang sampai taklah cantik sangan tapi boleh diterima lagi lah berbanding
kereta Ola hari tu. Harga pun berpatutan. Tuk Tuk pun ada dalam Uber tapi kalau
nak naik Tuk tuk baik ambil di tepi jalan kerana dalam Uber harganya lagi mahal
dari ambil kereta.
Di Jew toen barulah Nampak Kawasan yang penuh dengan
pelancong asing. Souvenir pun taklah murah sangat tapi lagi banyak pilihan dan
lebih murah berbanding Tribes of India. Puas berjalan jam pun dah pukul 4
petang. Perut pun dah lapar. Di Jew town ni tak Nampak pula restoran Halal.
Jadi saya ambil grab dan balik semua la Bandar Kochi di tanah besar. Malas nak
mencari akhirnya saya naik train balik ke hotel dan makan di Grand Royal Restaurant.
Jew Town
Kedai-kedai di Jew Town
Habis makan saya bersiar-siar di Kalamassery, tapi tak tau
nak ke mana dah jadi saya pun ambil beg dan terus ke Airport. Nak Uber lagi.
Kali ni dapat pemandu Muslim dan ramah, banyak tempat menarik yang dia suggest tapi
kalau nak pergi kena bercuti seminggu la.
Kesimpulannya pada saya Kerala memang tempat menarik kalau
nak melancong, tapi kena datang dalam 4-5 hari la baru boleh pergi
tempat-tempat yang lebih menarik. Kalau setakat pergi dua hari macam saya boleh
tengok pekan dan tepi laut je lah.
Sampai di Airport awal, rasa macam menyesal sebab tak puas
berjalan lagi. Tapi alang-alang dah sampai duduk je lah airport sebab nak patah
balik pun jauh jugak. Nasib baik airport di sini selesa tak kisah la tunggu lama-lama
pun. Oh ya lupa nak bagitau roaming di sini memang slow sangat. Kena banyak
bersabar.
Tunggu flight