Nuffnang

Tuesday, January 20, 2015

Movie Review - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Kapal Van Der Wijck tenggelam pada 1936 diantara Surabaya dan Semarang, dari peristiwa ini ditulis sebuah novel cinta oleh seorang penulis hebat iaitu Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah atau HAMKA. Hasilnya sebuah novel yang super best seller berjudul Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan kemudiannya diadaptasikan kepada Filem pada 2013.

Sejak filem ini keluar saya cuba mencarinya di internet jika ada yang boleh di-download atau stream online. tapi hampa sehinggalah penghujung tahun 2014 apabila ASTRO menyiarkan filem ini di ASTRO First. Barulah saya dapat menonton filem ini. Sebenarnya novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini saya baca pada pertengahan 2014 juga selepas membelinya semasa company trip ke Padang. Sejak itu saya semakin bersungguh-sungguh mencari link download movie ini kerana ceritanya yang ternyata menarik.

Filem ini mengisahkan percintaan Zainudin dan Hayati yang terhalang oleh adat. Zainudin berasal dari Makasar, ayahnya orang Padang yang dibuang ke Makasar kerana membunuh. Setelah kematian ibu dan ayahnya Zainudin merantau ke Padang untuk menuntut ilmu. Namun dia tidak diterima dengan baik di Padang kerana dianggap orang asing dan tidak mewakili mana mana suku kerana ibunya orang Makasar.

Di Batipuh Padang, Zainudin telah jatuh cinta pada Hayati namun tidak disukai oleh masyarakat di situ yang berpegang kuat pada adat dan percintaan Zainudin dan Hayati dianggap menconteng arang di muka. Lalu Zainudin diusir ke Padang Panjang, jauh dari Hayati. Sebelum Zainudin berangkat ke Padang Panjang Hayati bersumpah bahawa dirinya hanya untuk Zainudin sahaja.

Namun setelah masa berlalu, hati Hayati kian berubah dan akhirnya dijodohkan dengan Aziz yang datang dari keluarga berada. Perkahwinan Hayati dan Aziz benar-benar menghancurkan hati Zainudin sehingga jatuh sakit lalu membawa diri ke Surabaya. Di Surabaya Zainudin berjaya menjadi penulis yang berjaya dan kaya raya.

Sementara Hayati mulai mengenali siapa Aziz sebenarnya, seorang kaki judi, kaki perempuan, penipu, panas baran dan sebagainya. Ditakdirkan Aziz dinaikan pangkat dan dihantar ke Surabaya oleh untuk bertugas di sana. Di Surabaya hidup Hayati semakin sengsara dan di surabaya juga dia bertemu semula dengan Zainudin yang telah berjaya. Di situlah percintaan Zainudin dan Hayati diduga dengan hebat dengan tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang membawa Hayati.

Filem ini penuh dengan kisah sedih, namun ceritanya macam dipercepatkan mungkin untuk mengelakkan filem ini melerat sehingga lebih tiga jam. Biasanya filem yang diadaptasikan dari novel akan diubah sedikit dan banyak perkara yang terpaksa di-skip untuk menjadikan durasi filem tidak terlalu panjang. Namun filem ini mengikut cerita novelnya hampir 100%, mungkin kerana novelnya sendiri tidak terlalu panjang. Keseluruhannya saya beri filem ini 8/10 markah dan direkommend untuk tengok.

Sekian, Ciajuolah...

Friday, January 16, 2015

Isu Wanita Bertudung Peluk Artis K-Pop Atas Pentas


Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua kerana kita masih lagi di bulan Januari iaitu bulan pertama dalam tahun 2015 ni. Sedar tak sedar, blog ni pun dah lebih setahun usianya. Ini adalah post saya yang pertama untuk tahun ni.

Baru-baru ini negara digemparkan oleh viral beberapa peminat k-pop bertudung berpeluk dan dicium di atas pentas. Ramai bijak pandai yang memberi ulasan dan komen, ada yang membina dan ada juga yang entah apa-apa. Tak kurang juga peminat K-Pop sendiri yang cuba mempertahankan artis pujaan mereka.

Tak kisahlah apa yang dikomenkan, yang telah berlaku tetap berlaku. Kita yang tak terlibat ni cubalah ambil pengajaran, yang tak elok janganlah buat. Seperti yang saya selalu tekankan, buat perkiraan sebelum bertindak.

Cuma ada beberapa komen yang menarik perhatian saya yang saya rasa tak betul dan patut ditegur iaitu "Buat malu Islam je bercium atas pentas, baik takyah pakai tudung" dan "kalau freehair tu orang faham la memang sosial, ini siap bertudung sampai ke lutut. Buat malu betul" dan seumpamanyalah.

Pendapat saya memakai tudung itu tidak salah, yang salah adalah perbuatan diorang yang mungkin agak keterlanjuran. Maka yang harus diperbaiki adalah keterlanjuran yang telah dilakukan, bukanlah tudung yang mereka pakai. Jika kita menyuruh mereka membuka tudung, samalah kita seperti nenek ni:


Sekian, Ciajuolah...