Nuffnang

Saturday, November 2, 2019

Mindset Orang Miskin vs Mindset Orang Kaya


Post kali ini adalah sekadar nota saya selepas menonton video motivasi dari saudara Irfan Khairi. Ianya berkaitan Mindset orang miskin dan Mindset orang kaya. Bukan niat saya untuk menghina orang miskin dan bukan nak menyatakan yang saya ini orang kaya dan anda semua kena buat macam saya. Cuma sekadar nak mengajak diri sendiri dan anda semua untuk mengubah diri menjadi lebih maju. Akhirnya terpulang pada anda, mana yang anda rasa baik boleh praktikkan dan mana yang anda rasa tak betul abaikan sahaja.

Berikut enam perbandingan Mindset orang miskin dan orang kaya:

No.
Mindset Orang Miskin
Mindset Orang Kaya
1
 Ganjaran diperolehi mengikut masa

Ganjaran yang banyak hanya boleh diperolehi selepas jangka masa yang lama.
 Ganjaran diperolehi mengikut Usaha

Lebih kuat kita berusaha lebih banyak ganjaran akan diterima
 2
Salahkan orang atas kegagalan 

Apabila kesalahan diletakkan ke atas orang lain, diri sendiri tidak melakukan apa-apa perubahan untuk pembetulan atau kemajuan.
Salahkan diri sendiri atas kegagalan 

Ambil tanggungjawab atas kegagalan dan belajar darinya. Maka diri akan berubah untuk lebih baik supaya kegagalan tidak berulang.
 3
 Berjimat

Mengumpul harta sehingga diri kekurangan dan menjadi lebih mundur. Contoh, berjimat menggunakan kereta murah untuk urusan perniagaan menyebabkan pelanggan tidak yakin dan susah nak dapat projek.
 Invest

Membelanjakan harta untuk mendapat lebih harta. Contoh, membelanjakan wang untuk kereta mewah untuk urusan perniagaan membuatkan pelanggan yakin dan memberi projek.
 4
Merasa serba tahu 

Merasa serba tahu dan sentiasa memberi nasihat kepada orang lain dan kurang rasa untuk memajukan diri.
 Merasa kekurangan ilmu

Merasakan masih banyak yang belum diketahui dan sentiasa ingin ambil tahu dan memajukan diri.
 Harta punca kejahatan

Bila kaya akan jadi boros, kurang kasih sayang, banyak maksiat, sombong dan sebagainya.
Harta hanya menyerlahkan diri seseorang

Bila seseorang jahat mendapat harta yang banyak akan jadi lebih jahat, bila orang baik akan jadi lebih baik. Malah bila tiada harta akan mendorong orang melakukan kejahatan untuk terus hidup.
 6
 Segalanya adalah takdir & nasib

Kekayaan adalah nasib dan semua rezeki adalah takdir, maka diri kurang berusaha dan mengharapkan nasib.
 Hidup perlu berusaha

Bukan tak percaya kepada takdir, tetapi untuk hidup berjaya di dunia dan akhirat, kita perlu berusaha. Nak buat baik juga perlu modal.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua termasuk diri saya sendiri. Saya tuliskan di sini untuk rujukan diri sendiri supaya saya boleh ingat semula di mana-mana saya berada. Terima kasih sudara Irfan Khairi.

Sekian, Terima Kasih.

Kredit: Irfan Khairi


Ciajuolah...