Nuffnang

Monday, June 10, 2019

Cepatnya Masa Berlalu...


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang membaca. Tanpa kita sedar sekali lagi kita meraikan hari yang mulia ini dan ianya kian berlalu.

Bila ingat semula terasa kejap sahaja masa berlalu dan hari raya pun telah mula hilang kehangatannya. Hari ini ramai yang telah memulakan semula tugas, yang bersekolah telah masuk ke sekolah semula. Bila ingat kembali apa yang telah berlaku sepanjang cuti raya ni............ emm mcm tak banyak yang dapat diingat. Bila ingat balik sepanjang raya tahun lepas apa yang berlaku lagilah tak ingat apa-apa. Tapi bila ingat balik raya semasa zaman kanak-kanak banyak pula kenangan yang menjelma. Kenapa ya?

Rasanya sebab zaman dulu sesuatu perkara berlaku dengan perlahan dan kita ada banyak masa menikmati perkara tersebut. dengan itu sesuatu perkara itu lebih dalam terpahat dalam ingatan. 

Ambil contoh menghantar mesej kepada keluarga. Kalau zaman surat dulu kita perlu menulis menyusun ayat kemudian untuk menghantar kita perlu ke pekan beli stem dan pos. Sepanjang perjalanan mengepos itu pula mungkin ada perkara-perkara lain yang berlaku seperti singgah ke mana-mana kedai, atau terserempak dengan kawan lama. 

Kalau zaman telefon pula perlu mencari syiling dan public phone sebelum menelefon ahli keluarga seorang demi seorang untuk menyampaikan mesej. 

Berbanding dengan zaman sekarang hanya perlu menaip mesej di handphone dan hantar melalui group whatsapp dah siap. selepas beberapa hari mungkin kita dah lupa tentang aktiviti tersebut. Untuk recall semula maybe kita kena check di handphone. Bak kata lain di zaman ini kebanyakan memori kita berada di handphone. Hilang handphone hilanglah memori.

Begitu juga proses mengambil gambar, bandingkan proses mengambil gambar di zaman kodak dahulu berbanding zaman smartphone ini. Tetapi kita ingat kebanyakan gambar yang kita pernah snap semasa zaman kodak dulu berbanding zaman sekarang kan? Sekarang kita snap gambar sesuka hati, beberapa hari kemudian kita lupa gambar tu dah ada dalam phone kemudian kita snap lagi.

Anda rasa lebih seronok di zaman dahulu atau zaman sekarang?

Ciajuolah...