Nuffnang

Friday, January 31, 2020

Postrun Review – Twincity Marathon 2020




Pemilihan Event


Running event saya yang pertama pada tahun ini ialah Twincity Marathon 2020 bertempat di Cyberjaya yang berlangsung pada 19 Januari 2020. Sebenarnya Event ni berlangsung dua hari si mana pada 18 Januari 2020 tersebut berlangsung larian kategori kanak-kanak. Bagi review ini saya akan review acara pada 19 haribulan sahaja.

Ada tiga factor utama saya memilih larian ini. Faktor pertama ialah kerana Tarikh lariannya pada hari Ahad, ia adalah hari yang paling selamat untuk saya berlari kerana kalau hari Sabtu kadang-kadang orang rumah kena pergi kerja dan tak ada orang nak jaga anak yang masih kecil. Faktor kedua lokasinya di Cyberjaya pada pengalaman saya adalah lokasi yang selasa kerana senang nak parking, tak sesak/jem, track tak terlalu berbukit dan pemandangan yang cantik. Akhir sekali kerana acara ini adalah antara acara besar yang dinanti-nantikan oleh pelari di Malaysia. Dengar cerita banyak makanan free he he.

Ada empat kategori berlangsung pada 19 haribulan tu 42km, 21km, 12km dan 5km, saya memilih untuk berlari 12km sahaja sebab tak confident untuk next 21km. Sebenarnya event ni kali ke-6 dianjurkan dan kali ini penyertaan adalah yang teramai iaitu melebihi 12,000 orang. Mungkin disebabkan permintaan tinggi yuran penyertaan agak mahal iaitu RM90, RM80, RM65 & RM55 bagi keempat-empat kategori respectively.

Race Pack Collection

Race pack collection diadakan di RekaScape, Cyberjaya memang first time bagi saya sampai ke situ. Diadakan tiga hari dari 16 hingga 18 Januari 2020. Bila event besar ingatkan akan ada banyak voucher atau free gift disertakan Bersama race pack tapi kecewa memang dapat baju dan bib semata-mata saja. Design baju cantik tapi kualiti kain macam tak seberapa. Satu lagi untuk kategori 12 dan 5 KM warnanya macam tak sesuai untuk acara larian atas jalan raya kerana agak gelap tambahan pula flag off pada jam 0630H persekitaran masih. Boleh tengok gambar di bawah:

Foto kredit to ActionPix

Flag Off
Mungkin sebab kurang bersedia atau planning gagal, saya sampai ke lokasi event tepat pada waktu flag off jam 0630H. Masa tu masih dalam kereta dan tak jumpa parking lagi. Tambah dengan parking tepi jalan pun penuh terpaksa parking jauh saya start lewat 10 minit. Tapi tak risau sangat sebab memang ramai pun pelari 12km yang dating lewat dan lagi satu bukan nak kejar podium pun ha ha.

Secara keseluruhannya saya perhatikan event berjalan dengan lancer dan meriah. Seperti yang di jangka makanan free semasa larian disediakan merupakan kuih-kuih tradisional seperti Peneram, Cakoi dan keropok lekor.

Foto Credit to ActionPix

Sebelum sampai ke breakfast station, ada bertembung dengan 21KM & 42km Runners, mungkin sebab kualiti baju kurang bagus ataupun ramai yang tak selesa dengan baju singlet yang diberi ramai yang memakai baju larian masing-masing berbanding baju larian yang diberi. Mungkin juga ramai yang otai-otai berlari yang memang ada baju larian masing-masing yang lebih selesa.

Finish Line
Tiba di finish line dan terima medal semuanya berjalan lancar, dan ada lagi makanan percuma bihun goreng disediakan selain dari air minuman dan roti. Sempat juga makan bihun sepinggan sebelum balik. Macam biasa Cuma 21km dan 42km sahaja diberikan finishing tee tapi dari pemerhatian saya warna baju larian dan finising tee hampir sama. Tapi rasanya bagi pelari tegar mereka tak kisah pun mungkin dah berlambak baju larian dan finishing tee di rumah yang penting adalah kepuasan menghabiskan larian dengan pace dan masa masing-masing.

Cut off time bagi 42km ialah 8 jam, bila tengok orang berlari slow pun boleh sampai dan pacer 8 jam hanya berjalan kaki sahaja rasa macam nak try 42 km pulak. Keyakinan tu ada, nanti boleh cuba.

Dari segi medal saya tak ada apa-apa komen kerana tak ada apa-apa yang special, Sepanjang larian banyak photographer yang mengambil gambar, satu hari juga scroll gambar-gambar larian adalah jumpa dua gambar. Malu nak tunjuk, nantilah next larian.

Ciajoulah...

Wednesday, January 15, 2020

Mitos Tentang Jurutera



Kena Tepat, Tak Boleh Kurang atau Lebih Sikit Pun

Mesti anda biasa dengar nak jadi jurutera/engineer kena persis/tepat, tak boleh terlebih tak boleh terkurang silap-silap boleh meletup mesin, runtuh bangunan. Memang betul seorang jurutera haruslah mempunyai ketepatan yang tinggi dari segi kiraan dan juga waktu. Tapi bukanlah sampai tak boleh lebih atau kurang sikit pun.

Untuk adik-adik yang bercita-cita nak jadi jurutera atau engineer janganlah takut atau rendah semangat mengejar cita-cita apabila mendengar ungkapan tersebut kerana hanya tuhan sahaja yang sempurna. Tak kiralah berapa tepat anda membuat ukuran pasti akan ada terlebih atau terkurang sedikit atau dalam Bahasa jurutera ‘sisihan’ (deviation).

Contohnya anda dikehendaki memotong tiga (3) helai kabel sepanjang dua (2) meter setiap satu. Anda tak akan Berjaya potong tepat 5 meter setiap kabel pasti akan ada perbezaan ukuran pada setiap kabel mungkin kabel pertama 5.01m, kabel kedua 5.001m kabel ketiga 4.99m. Boleh ke begitu? Ia bergantung kepada berapa banyak sisihan yang dibenarkan. Jika sisihan 0.1m maka anda selamat. Tapi kalua sisihan 0.001 maka kabel pertama dan ketiga tak boleh digunakan. Pening ke?



Kerja Dengan Mesin Setiap Hari tak Pening Macam Berdepan Budak Nakal Setiap Hari.

Mitos ni selalu kita dengar bila ada isu tentang murid, cikgu atau sekolah. Bukan saya nak menafikan tekanan kerja yang dihadapi seorang guru tetapi untuk menerangkan kerja jurutera juga tidak kurang tekanannya kerana apa yang dihadapi seorang jurutera setiap hari bukanlah mesin semata-mata. Ini kerana mesin yang dibina seorang jurutera adalah berdasarkan keperluan dari pelanggan iaitu orang dewasa yang berbagai ragam. 

Terutama sales engineer, mereka berdepan dengan pelanggan setiap hari dan setiap pelanggan mempunyai pelbagai ragam dan yang peling memeningkan ialah prinsip “Pelanggan sentiasa betul” (Customer always right) dimana pelanggan akan merasa dirinya berkuasa dan engineer kena ikut apa yang dia nak. Ianya bagaikan seorang guru melakukan hari interaksi Bersama ibu bapa setiap hari. Paning kan? Susah nak cerita, kalua nak tau jadilah jurutera.

Oh ya berbalik tentang guru tadi, pada saya tugas guru pada zaman ini tak kurang juga tekanannya tapi bukan sewaktu mengajar tetapi lebih kepada kerenah pengetua, ibu bapa, rakan sekerja dan kerja-kerja sampingan yang dikenakan kepada guru.

Kesimpulannya tak kiralah kerja engineer ke kerja guru ke dua-dua pening kepala.

Ciajuolah...

Tuesday, January 7, 2020

Apa itu Jurutera/Engineer?



Ramai yang pernah dengar perkataan engineer, tapi ramai juga yang tak tahu apa itu engineer atau dalam bahasa melayunya jurutera. Saya pernah menemubual ramai lepasan ijazah kejuruteraan yang memohon pekerjaan sebagai jurutera kebanyakan mereka tidak dapat menjawab dengan betul apa itu jurutera. Bagaimana nak jadi jurutera kalau anda sendiri tak tahu apa itu jurutera. Jadi kepada yang sedang mencari kerja baik anda membaca pos ini sehingga habis kerana anda mungkin akan ditanya soalan ini semasa interview nanti.


Definisi

Jurutera adalah suatu pebuatan seseorang menggunakan pendekatan saintifik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sama ada merekabentuk, membina, menyelenggara atau membaiki sesuatu. Pada saya dalam bahasa mudahnya ialah seseorang yang menyelesaikan sesuatu masalah. Jadi input bagi seseorang jurutera masalah dan outputnya pula adalah penyelesaian atau solution.



Jenis-jenis Jurutera

Terdapat berbagai-bagai jenis jurutera, sivil, elektrikal, elektronik, mekanikal dan kimia. Kesemuanya menyelesaikan masalah dalam bidang masing-masing. Jurutera sivil menyelesaikan masalah bangunan dan struktur, jurutera mekanikal menyesaikan masalah mesin-mesin mekanikal dan jurutera elektronik merekabentuk dan membina alatan elektronik untuk menyelesaikan sesuatu malah.



Perbandingan

Jurutera adalah suatu bidang yang serius kerana memerlukan ketelitian dan ketepatan yang tinggi. Kerana jika anda sorang doktor dan pesakit anda meninggal, anda boleh kata anda sudah cuba yang terbaik, dan jika anda seorang peguam yang kalah dalam sesuatu kes juga anda boleh berkata yang sama. Tetapi jika seorang jurutera yang mereka bangunan dan bangunan yang dibina tersebut runtuh, bolehkah anda berkata anda telah buat yang terbaik?



Kesimpulan

Kesimpulannya jika anda menghadiri temubual untuk sesuatu pekerjaan dan ditanya apakah itu engineer? Jawapannya ialah Engineer adalah seseorang yang menyelesaikan masalah. Jika anda memohon untuk jurutera sivil anda menyelesaikan malasah sivil, jika anda memohon jurutera software anda menyelesaikan masalh software dan jika anda jurutera sistem anda menyelesaikan masalah sistem. Ada banyak lagi yang boleh anda tahu tentang jurutera, tapi cukuplah setakat ini dulu. Semoga berjaya.


Wednesday, January 1, 2020

Peringatan di Tahun 2020


Assalamualaikum

Buat peringatan pada tahun 2020 ini semua tarikh (date) haruslah diletak penuh, contoh 31/01/2020 dan bukan 31/01/20. Ini adalah kerana sesiapa boleh menambah dibelakang tarikh menjadikan ia 31/01/2017 atau 31/01/2019 atau apa2 tahun pun.

Perkara ini belaku untuk tahun 2020 sahaja. Oleh itu berhati hati dalam tandatangan atau menerima apa2 dokumen pun. Harap maklum.

Ciajuolah...

Azam Tahun 2020


Salam Tahun Baru buat semua pelawat Blog saya. Terima Kasih kerana sudi berkunjung. Jangan lupa click iklan nuffnang saya ye. Kalau dah click saya ucapkan ribuan Terima Kasih dan semoga anda dimurahkan rezeki.

Azam Tahun baru saya bagi Tahun 2019 ialah menyertai satu acara larian setiap bulan dan Alhamdulillah telah pun berjaya tercapai. Berikut senarai larian yang saya dah sertai dalam tahun 2019.

12 Jan 2019 - 10km STEM Superhero Run
24 Feb 2019 - 5km E.I.C Run
10 Mar 2019 - 5km UPSI Farm Run
20 Apr 2019 - 10km UKM Varsity Run
01 May 2019 - 10km HKL City Run
30 Jun 2019 - 10km Coway Run
21 Jul 2019 - 12km AXA Heart in Action Run
08 Sep 2019 - 10km SD Run
12 Oct 2019 - 5km Education Fun Run
20 Oct 2019 - 10km DPulze Friendship Run & Ride
23 Nov 2019 - 21km Putrajaya Night Marathon
08 Dec 2019 - 10km Larian Menjunjung Kasih


Alhamdulillah juga dalam 12 larian yang saya sertai ada satu Half Marathon yang Berjaya (Habis sebelum Cut Off Time). Cuma satu saja azam saya pada tahun 2019 sebab tahun sebelum tu buat azam banyak-banyak tapi satu pun tak tercapai. Maka pada tahun 2019 saya buat satu azam saja dan lebih realistic.

Tujuan saya menulis post ini hanyalah untuk declare azam saya untuk tahun 2020 ni. Memandangkan azam 2019 berjaya tercapai, maka untuk tahun 2020 saya ada 4 azam yang realistic dan berharap akan boleh tercapai:

1) Menyertai sekurang-kurang satu acara larian dalam setiap bulan dan kali ni lebih banyak Half Marathon. Waktu ni pun saya dah register untuk bulan Januari (Twincity Run) dan Februari (Selangor Marathon).
2) Menurunkan berat badan yang sekarang ni 92.4 Kg. Saya target turun menjadi 80an je. 89 Kg pun takpelah asalkan 80 an.
3) Mendapatkan sekurang-kurangnya satu pendapatan sampingan selain daripada pendapatan utama kerja makan gaji.
4) Update blog ni sekurang-kurangnya satu post sebulan.

Dapatkah azam 2020 saya ni tercapai? Kita tengok tahun 2021 nanti.