Nuffnang

Monday, February 3, 2020

Mee Goreng Terbaik Slim River - Kedai Makan Aslam




Bagi yang berkunjung ke Slim River nak cari tempat makan best saya cadangkan anda datang ke Kedai Makan Aslam di Jalan Stesen Slim River bersebelahan panggung wayang lama yang kini dijadikan Famili Mart/NFM Mart tapi dah tutup. Kedai ini kedai mamak yang memang ramai orang kenal di Slim River sebagai muslim tak macam mamak 24 yang di KL yang boleh diragui keislamannya. 


Dulu kawasan ini ialah kawasan yang menjadi tumpuan di Slim River kerana Famili Mart tersebut adalah tempat shopping terbesar di Slim River, tapi sejak Econsave dibuka di kawasan bandar baru ramai orang lebih tertumpu ke sana dan menjadikan kawasan ini agak terpencil dan sunyi. Namun begitu Kedai Makan Ini tetap bertahan.

Tak macam mamak 24 jam yang biasa kita jumpa menu makanan di sini agak terhad, namun itulah menu speciality mereka. Boleh dikatakan semua menu sedap-sedap belaka. Harga juga jauh lebih murah dari kedai makan biasa.

Di sini terdapat Cendol dan ABC dengan harga dari RM1.50 hingga RM2.00 tapi kalau bungkus kena tambah RM0.50 ya sebab portion bungkus lebih banyak daripada makan di kedai. Jika ramai ahli keluarga anda juga boleh bungkus saiz besar dengan harga RM5.00 sebungkus boleh dapat dalam satu jug ABC atau Cendol. Murah lah tu kan?

Makanan di sini ada lima jenis sahaja iaitu Mee Goreng, Mee Rojak, Mee Rebus, Rojak Pasembor dan Maggie Goreng semuanya beharga RM4 sepinggan. Makan & Bungkus sama Harga. Tapi yang paling saya recommend di sini ialah Mee Goreng yang saya rasa memang tak boleh dapat di tempat lain. Mee gorengnya kering dan mcm ada rasa serbuk kacang, kueh dan tauhu mamak, susah nak digambarkan melainkan anda cuba sendiri. Kalau nak istimewa lagi boleh tambah dengan telur mata. Hanya terdapat mee goreng biasa sahaja di sini tak ada mee goreng ayam ye. 


Bagi yang nak minum air bancuh ada pelbagai menu air yang anda boleh pilih. Bagi yang betul-betul lapar dan mendambakan makanan yang berat-berat tempat ini mungkin tak berapa sesuai kerana portion makanan agak sedikit dan ringan. Paling sesuai ialah untuk makan petang atau bagi mereka yang memang tak makan banyak.

Ciajoulah...

2 comments:

  1. wow bestnya cendol dia! ada jugak try cendol harga gitu kt shah Alam, tapi tak seberapa la. agak susah nk dpt makanan murah kt sini

    ReplyDelete
  2. Waw makanan nmpak sedap....
    Jemput review product baru sy...
    https://shopee.com.my/husnamichi/3419029930/

    ReplyDelete