Dalam dunia yang serba mencabar hari ini, kita mudah tenggelam dalam tekanan, ketakutan, dan keraguan. Namun, satu perkara yang boleh mengubah persepsi dan arah hidup kita adalah pemikiran positif.
Pada pendapat saya, berfikiran positif bukanlah berpura-pura semuanya OK walaupun sebenarnya tak OK pada kita. Ia adalah cara melihat sesuatu dengan sudut yang lebih baik, fokus kepada penyelesaian, dan percaya bahawa sesuatu yang baik boleh berlaku walaupun dalam keadaan.
Contohnya, ketika kita menghadapi kegagalan, pemikiran negatif akan berkata “Aku tak layak”, Tetapi pemikiran positif akan berkata “Ini adalah satu pengalaman berharga, aku akan belajar dan cuba lagi.”
Kenapa perlu berfikiran positif? Ini antara sebab yang dapat saya fikirkan:
1) Mengurangkan tekanan - Berfikiran positif membuat kita lebih tenang menghadapi masalah. Kurang menyalahkan, lebih bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah.
2) Membentuk peribadi positif - Sifat positif menjadikan diri kita lebih disenangi, mudah didekati dan dihormati.
3) Lebih bersyukur - Apabila kita sentiasa melihat melihat kebaikan walaupun dalam ujian, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada.
4) Lebih kuat menghadapai cabaran - Kita tak akan mudah menyerah kalah.
5) Menarik perkara baik dalam hidup - Apa yang kita fikir, itulah yang kita tarik. Jika kita fikirkan boleh InsyaAllah kita akan lebih cenderung untuk berjaya.
Saya ambil dua contoh untuk difikirkan dan cuba kaitkan dengan sebab di atas.
Contoh 1 - Terlewat ke tempat kerja kerana hujan. Fikiran negatif akan berkata “Aku memang malang”. Tetapi fikiran positif akan kata “Alhamdulillah sampai dengan selamat, mungkin Allah nak elak aku dari berlaku sesuatu dalam perjalanan tadi”
Contoh 2 - Gagal dalam temuduga kerja. Fikiran negatif akan kata “Mungkin aku memang tak ada masa depan”. Tetapi fikiran positif akan kata “Mungkin bukan rezeki aku, aku akan perbaiki diri dan cuba lagi”.
Suka saya ingatkan fikiran positif ni bukanlah datang secara semulajadi dalam diri kita. Ia perlu dilatih. Mulakan hari dengan bersyukur, pilih untuk melihat kebaikan di dalam semua keadaan dan elakkan dari dikiasai emosi negatif. Betulkan yang biasa dan biasakanlah yang betul.
Ingatkan fikiran yang positif adalah benih dan tindakan adalah buahnya. Jika kita menanam fikiran yang positif, kita akan menuai kehidupan yang lebih tenang sihat dan berjaya.
No comments:
Post a Comment