Nuffnang

Saturday, June 28, 2025

KFC DAN KENANGAN

Tadi saya bawak anak makan di KFC Kuala Ketil. Anak yang kecil sekali minta ketul ayanv yang paling besar. Melihat kesungguhan dia menghabiskan seketul ayam tu mengingatkan saya kali pertama berpeluang makan KFC.

Pada tahun 1990 KFC merupakab makanan mewah yang hanya terdapat di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Bagi orang kampung macam saya KFC hanya ada di iklan television.

Waktu itu pertama kali saya dapat kembali ke Kuala Lumpur selepas dilahirkan di bandar itu 8 tahun sebelumnya. Saya ke Kuala Lumpur untuk menziarah kakak yang baru melahirkan anak sukung. Walaupun kakak duduk di rumah setinggan sahaja tetap membuat saya teruja dengan kehidupan dan suasana di Kuala Lumpur yang sangat berbeza dengan kampung. Maklumlah kampung saya jauh di tengah hutan.

Yang paling mengujakan bila abang ipar saya nak bawa makan KFC. Saya pakai baju dan seluar baru. Seluar yang siap sekali dengan tali pinggang. Saya pakai tali pinggang ketat-ketat. Sebab ini kali pertama saya akan merasa ayam KFC. Saya berazam nak makan sebanyak banyaknya.

Makanan yang dioesan agak banyak dan hidangan utama tak lain tak bukan ayam goreng. Saya yang terlebih uja ambil ketulan yang paling besar. Tapi selepas hanpir sejam makan saya masih belum dapat habiskan seketul tu, perut pula terasa sengkak. Sudahnya sampai ke sudah seketul tu tak habis.

Sampai di rumah kakak aaya mengadu pada ayah perut saya sakit. Bila ayah periksa rupanya tali pinggang saya pakai terlebih ketat. Tak lama lepas longgarkan tali pinggang barulah rasa lega. Tapi masa tu dah dekat rumah, ayam pun dah tak ada. Nak buat mcm mana tunggu la peluang lain pula untuk makn KFC lagi.

Itulah kisahnya. Sekarang KFC dah sama level dengan kedai mamak je. Ada di merata-rata. Harga pun tak jauh beza. Mungkin ramai pun yang tak ingat bila kali pertama makan KFC.

Ciajuolah…

29 Jun 2025 (1:08 am)

Kuala Ketil

No comments:

Post a Comment