Bila kita merasa dilema, kita digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Istikharah untuk memohon petunjuk untuk membantu kita membuat keputusan yang terbaik antara pilihan yang kita ada dan supaya kita merasa yakin dengan keputusan yang kita buat.
Namun jika kita telah melakukan solat sunat Istikharah tetapi masih tidak mendapat apa-apa petunjuk, jangan berputus asa, teruskan la beristikharah dan yakinlah Allah S.W.T itu maha penyayang dan sentiasa akan membantu hambanya yang dalam kesusahan.
Namun janganlah kita mengharapkan perkara-perkara yang mustahil berlaku sebagai petunjuk yang diterima kerana kita bukanlah rasul yang mempunyai hubungan terus dengan Allah S.W.T. Kebiasaannya petunjuk yang diterima adalah seperti:
1. Gerak hati yang nekad & kuat untuk meninggalkan sesuatu pilihan.
2. Diberikan ilham.
3. Mimpi.
4. Dimudahkan urusan untuk pilihan yang baik dan disukarkan urusan untuk pilihan yang mudharat.
Bagi yang belum menerima petunjuk dan masih terus mencuba melakukan solat istikharah, boleh cuba amalkan amalan/tips berikut yang dikongsikan oleh seorang rakan saya. Nota ini sengaja saya simpan di dalam blog ini untuk rujukan saya sendiri juga dan semoga bermanfaat juga kepada semua yang membaca.
Amalan yang dicadangkan sebelum dan selepas solat Istikharah:
1. Mandilah bersih-bersih sebelum solat Maghrib niatkanlah Allah membersihkan diri zahir dan batin. Gugurkan segala dosa dan penyakit zahir dan batin.
2. Solat Magrib , lepas solat maghrib solat sunat baadiah, solat sunat taubat, solat sunat hajat
3. baca quran tunggu Isya
4. Masuk Isya - solat sunat Isya qabliah (sebelum), solat Isya dan kemudian (ba'diah)
5. Solat istiaqarah. Doa minta Allah beri pentunjuk yg jelas dan mudah difahami dgn tepat tak perlu kepada sebarang ta'wil, tafsir mimpi dan sebagainya.
6. Pastikan tempat tidur memang bersih dari sebarang najis.
7. Tidur dada mengiring mengadap qiblat
8. Jangan bercakap dgn sesiapa lagi, gadget dan telefon semua tolak tepi.
9. Pejam mata berzikirlah - Laiillahillah, lawawlawala...
10. Terbangun akan dapat petunjuk samaada dapat petunjuk dalam mimpi atau hati kita tenang memilih keputusan A,B, atau C.
No comments:
Post a Comment