Nuffnang

Sunday, April 21, 2019

Ketuanan Melayu


Saya tahun 2002 memasuki Universiti melalui program matrikulasi, semasa sesi orientasi saya merasa agak malu untuk berdepan dengan pelajang kaum Indian dan Cina. Kerana mereka berlajar bersungguh sungguh dan bersaing untuk ke Universiti manakala saya pula menggunakan kelebihan sebagai kaum melayu. Timbul rasa kesal di hati kerana tidak belajar bersungguh-sungguh waktu di sekolah dulu. Walaupun saya berterima kasih kerana kelebihan tersebut namun seboleh-bolehnya saya tidak mahu menggunakannya untuk mencapai kejayaan kerana merasa malu dan lemah.

Mengapa saya merasa malu? kerana saya tidak mahu menjadi typical melayu yang sangat bergantung kepada kelebihan untuk hidup di bumi sendiri. Pada saya melayu adalah kaum yang kuat dan kaya dengan adat resam dan sopan santun. Saya menyeru pembaca dari kaum melayu marilah kita kuatkan diri dan buktikan kepada dunia bahawa kita adalah kaum yang kuat dan tak perlu bergantung kepada ketuanan melayu untuk hidup di bumi Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment