Nuffnang

Friday, October 2, 2026

TERLUPA UNTUK MENUTUP MATA

Aku terfikir, rasanya kita semua sebenarnya tahu kebenaran tu sentiasa ada di depan kita, tapi sengaja kita menutup mata. Sebab kita tahu dunia taklah seindah yang kita bayangkan. Kita tak sehebat dan sehensem watak utama filem, manusia di sekeliling kita pentingkan diri sendiri, hubungan bukannya sentiasa indah, janji tak semestinya akan dikotakan dan perkara yang kita harapkan tidak semestinya berlaku. Mati itu pasti. Makanan yang sedap pula tak semestinya baik untuk kesihatan. Tetapi kita memilih untuk menutup mata, lalu mencipta dunia kita sendiri yang lebih indah, lebih tenang dan lebih mudah untuk kita diami.

Sebab itu mungkin ada masanya kita terlupa untuk menutup mata. Kita mula melihat realiti yang sebenar. Kemudian semuanya terasa berat—pahit, mengecewakan, kejam, menyedihkan dan melukakan. Kita mula melihat perkara yang selama ini kita cuba nafikan. Namun itulah realiti. Mungkin menutup mata bukan bermaksud kita tak boleh terima kebenaran, tetapi kadang-kadang kita cuma perlukan sedikit ruang untuk terus hidup dengan tenang. Sebab dunia di luar kelopak mata kita terlalu kejam, dan boleh membunuh semangat kita kalau kita tak cukup kuat.

Aku terlupa untuk menutup mata...

Ciajuolah...


Jumaat, 2 September 2026 (12:04 pm)

Kajang, Selangor.

No comments:

Post a Comment