Dalam dunia peperangan elektronik (Electronic Warfare – EW)
dan pengawasan spektrum, kita sering mendengar istilah radar aktif, radar pasif
dan ELINT. Ketiga-tiga sistem ini berkaitan dengan pengesanan ancaman
ketenteraan dari asset ketenteraan (Jet pejuang, Kapal Perang, Missil dan
sebagainya), tetapi cara Ketiga-tiga sistem ini beroperasi sangat berbeza. Di
si saya terangkan serba sedikit perbezaan tersebut.
Radar Aktif
Radar aktif adalah sistem radar yang paling biasa digunakan.
Ia berfungsi dengan memancarkan gelombang radio ke arah sasaran dan kemudian
menerima pantulan gelombang tersebut.
Daripada pantulan ini, sistem boleh mengira jarak, arah dan
kadangkala kelajuan objek. Radar kawalan trafik udara, radar cuaca dan radar
pertahanan udara semuanya menggunakan konsep ini.
Kelebihan radar aktif ialah ia boleh mengesan objek dengan tepat. Namun kelemahannya, kerana ia memancarkan isyarat, kedudukannya juga boleh dikesan oleh pihak lawan. Ia juga tidak dapat mengklasifikasikan objek yang dikesan. Dengan erti kata lain ia boleh mengesan objek tetapi tidak dapat mengenalpasti apakah objek yang dikesan itu.
Radar Pasif
Apabila objek seperti pesawat melalui kawasan tersebut, ia
akan mengganggu atau memantulkan isyarat yang sedia ada. Sistem radar pasif
akan menganalisis perubahan pada isyarat ini untuk mengesan kehadiran objek.
Kelebihan radar pasif ialah ia sukar dikesan kerana tidak
memancarkan apa-apa. Namun ia sangat bergantung kepada kewujudan sumber isyarat
luaran.
Sama seperti Radar Aktif, Radar Pasif juga tidak dapat mengenalpasti objek yang dikesan.
ELINT
ELINT (Electronic Intelligence) pula berbeza sedikit
daripada radar. Tujuan utamanya bukan untuk mengesan objek secara langsung,
tetapi untuk mengesan dan menganalisis pancaran radar atau sistem elektronik
pihak lawan.
Melalui ELINT, kita boleh mengenal pasti jenis radar,
lokasi, mod operasi dan kadangkala identiti sistem tersebut. Maklumat ini
sangat penting untuk tujuan risikan, pemetaan spektrum dan perancangan operasi
ketenteraan.
Ringkasnya, radar aktif mencari objek dengan memancarkan
gelombang sendiri, radar pasif mengesan objek menggunakan isyarat sedia ada,
manakala ELINT pula memantau dan menganalisis pancaran elektronik daripada
sistem lain (Target).
Sistem ini sangat bergantung kepada pancaran radar target, jika target tidak memancarkan apa-apa isyarat, sistem ini tidak akan dapat mengesan target tersebut.
Kesimpulan
Radar aktif, radar pasif dan ELINT masing-masing mempunyai
peranan tersendiri dalam membina gambaran situasi spektrum elektromagnetik.
Tiada satu pun yang “lebih baik” secara mutlak—semuanya saling melengkapi
bergantung kepada keperluan operasi.
Bagi yang berminat untuk melihat sendiri teknologi ini
dengan lebih dekat, anda dijemput ke Defense Services Asia 2026 (DSA 26)
yang akan berlangsung pada 20–23 April 2026. Pameran ini menghimpunkan pelbagai
sistem ketenteraan terkini dari seluruh dunia, termasuk teknologi radar aktif,
radar pasif dan ELINT.
Menariknya, Malaysia juga merupakan salah satu negara yang
membangunkan sistem radar aktif dan ELINT berkualiti tinggi. Ini peluang
terbaik untuk melihat sendiri keupayaan tempatan berdiri seiring dengan
teknologi global.
Saksikan sendiri di DSA 26.




No comments:
Post a Comment