Dah lebih kurang 8 bulan sejak aku mula aktif menulis balik… dan nampaknya blog ni masih sunyi sepi macam rumah tinggal ๐ . Dari statistik ada juga beberapa orang yang singgah baca posting lama—terima kasih banyak, aku hargai walaupun aku tak tahu siapa kalian.
Walau apa pun, aku akan terus menulis. Sebab tujuan asal aku hidupkan semula blog ini bukan untuk kejar pembaca pun, tapi untuk luahkan segala benda yang bersarang dalam kepala. Menulis ni terapi murah yang sangat membantu.
Tapi kalau ada yang membaca entri ini, sudilah kiranya tinggalkan nama di bahagian registration tu ya. At least aku tahu blog ni bukan aku sorang je yang baca, dan mungkin boleh bagi aku semangat extra nak terus menulis di sini ๐
Ciajuolah...
11 Disember 2025 (9:39 am)
Kajang, Selangor.
No comments:
Post a Comment