Nuffnang

Thursday, April 24, 2025

PENAAKULAN MANTIK

 

Sebenarnya tajuk kali ni lebih kurang dengan tajuk yang pernah saya tulis dahulu, Perkiraan dalam hidup. Cuma kali ni lebih spesifik kepada salah satu cabang perkiraan iaitu Penaakulan Mantik.

PENAAKULAN MANTIK merujuk kepada proses pemikiran yang menggunakan kaedah logik untuk membuat kesimpulan yang sah dan munasabah daripada maklumat yang kita ada. Zaman saya dulu, tajuk ini diajar dalam matematik tingkatan 4 dan saya rasa macam subject yang paling senang sebab tak payah ajar pun boleh fikir sendiri. Bila dah tua ni baru faham tahap pemikiran semua orang adalah berbeza dan mantik ini boleh jadi lebih susah bila maklumat yang ada tu tak jelas atau bercanggah.

Secara asasnya penaakulan mantik adalah teknik berfikir. Ia digunakan untuk mengelakkan kesilapan dalam berfikir dan menyusun hujah secara sistematik agar keputusan atau pandangan yang dibuat lebih meyakinkan dan berasas

Terdapat dua jenis utama penaakulan mantik iaitu deduktif dan induktif. untuk senang faham berikut adalah contohnya.

Contoh penaakulan Mantik deduktif:

Info 1: Semua manusia akan mati

Info 2: Ali ialah manusia

Kesimpulan: Ali akan mati


Contoh penaakulan mantik induktif:

Info 1: Burung merpati boleh terbang

Info 2: Burung pipit juga boleh terbang

Kesimpulan: Semua burung boleh terbang. (Nota: kesimpulan ini bukan 100% betul kerana ada juga burung yang tak boleh terbang seperti burung unta)


Nampak mudah kan? sebab ini contoh memanglah orang tunjuk yang senang supaya mudah difahami. Dalam kehidupan harian, maklumat yang ada mungkin bukan sekadar penyataan seperti contoh di atas. Malah ia boleh terdiri dari body language, respond seseorang, raut wajah, nada suara, sikap semulajadi, latar belakang seseorang dan banyak lagi.

Contohnya, jika anda seorang suami yang curang, cuba beritahu isteri anda bahawa anda adalah suami yang paling setia dan jujur di dunia. kalau dia menafikan atau tak percaya ada kemungkinan dia tahu tentang kecurangan anda. hi hi...

Penaakulan mantik deduktif memang mudah, tak perlu ajar pun boleh fikir sendiri. tapi yang sering memeningkan kepala dan mendorong ke arah kesilapan mengambil keputusan adalah mantik induktif kerana yang dihasilkan sebenarnya bukanlah kesimpulan tetapi lebih kepada KEBARANGKALIAN. Contohnya:

Info 1: Mesyuarat hari isnin bulan lepas bermula lewat.

Info 2: Mesyuarat hari isnin minggu lepas pun bermula lewat.

Kebarangkalian: Ada kebarangkalian mesyuarat hari Isnin minggu depan juga akan lewat.


Mari kita lihat contoh yang lebih kompleks dan memeningkan kepala:

Info 1: Ani memberi emas secara percuma kepada Abu.

Info 2: Emas sangat berharga dan biasanya tidak akan diberi percuma tanpa sebab yang kuat.

Info 3: Biasanya lelaki yang menberikan emas kepada perempuan. Bukan sebaliknya. 

Dalam hal ini ada banyak kebarangkalian dapat dihasilkan. Antaranya:

Ada kebarangkalian Abu ada masalah kewangan dan Ani ingin membantu.

Ada kebarangkalian Ani dan abu adalah pasangan kekasih dan Abu dalam kesusahan.

Ada kebarangkalian Ani diugut oleh Abu.

Ada kebarangkalian Ani berhutang kepada Abu dan tiada duit untuk membayar hutang.

Kesemuanya memerlukan lebih maklumat untuk menyokong setiap kebarangkalian dan mengubahnya menjadi satu Kesimpulan yang konkrit.

Kalau anda biasa bermain dengan mantik, pasti anda dapat kaitkan info lain juga untuk menyokong kesimpulan dan menentukan kebarangkalian adalah tinggi atau rendah.

Tetapi perlu diingat, perlu berhati-hati dengan Mantik kerana jika tidak dikawal ia boleh membuatkan seseorang menjadi obses untuk mendapatkan maklumat untuk melengkapkan mantiknya. Ia juga boleh membawa kepada over-thinking yang boleh membawa kepada depresi dan stress.


Sekian

 Ciajuolah...


25 April 2025 (1:30 am)

Changkat Lada, Perak.



Sunday, April 20, 2025

ANDAI KU MILIKI SEMALAM

 


Andai kumiliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan kuubah apa pun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya
Tangis ini tanda kasihku
Bukan mengeluh duka yang semalam
Kerna engkau mengasihiku
Tiada sendu lagi
Di duniaku ini
Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus kutanggung
Jika kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar
Mencari cintamu
Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap kucinta
Kasih sayangku adalah kekuatan
Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekalipun kumiliki esok
Takkan ku menolak
Ketentuan

(Search - Andai Ku Miliki Semalam)

Ya Allah... Aku bersyukur padaMu atas segala yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan yang akan Kau kurniakan kepadaku kelak. Aku redha atas apa saja ketentuanMu, namun aku bermohon janganlah Kau uji aku dengan ujian-ujian yang tak mampu aku tanggung. Sesungguhnya aku hanyalah dikalangan hambaMu yang lemah. Damaikanlah aku bersama takdirku ya Allah... Amin...

Ciajuolah...

21 April 2025 (13:15pm)
Kajang...

Tuesday, April 15, 2025

KEMPEN TIADA PLASTIK BEG - ADAKAH PATUT?

 


Sebenarnya topik ni saya dah fikir sebelum blog ni wujud lagi. Memang ini adalah salah satu topik yang saya plan nak tulis sebelum saya buat blog ni lagi. Blog ni diwujudkan pada tahun 2014, maksudnya topik ni dah tertangguh lebih 11 tahun lamanya.

Tentang pasaraya yang beria-ia nak menjaga alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan plastik bag itu sangat baik. Tetapi kalau dia yang bersungguh nak berkempen dialah yang kena ambil inisiatif seperti menggantikan beg plastik dengan beg kertas atau beg kain. Bukan letak beban kempen tersebut di bahu pelanggan dan menyuruh pelanggan bawa sendiri beg dari rumah atau dipaksa membeli plastik beg dan pasaraya boleh mendapat keuntungan lebih dengan menjual plastik bag.

Pelanggan datang ke pasaraya untuk memberikan keuntungan pada pasaraya, seharusnya pelanggan dilayan dengan baik dan diberi kemudahan untuk membeli. Tetapi disebabkan pasaraya nak berkempen alam sekitar, kemudahan pelanggan itu ditarik dan dibiarkan terkial-kial tak cukup tangan untuk membawa barangan yang dibeli ke rumah. Kau yang nak berkempen, kenapa aku pula yang kena tanggung susah?

Straw plastik pandai pulak dia tukar kepada straw kertas.

Ciajuolah....

25 April 2025 
0116H
Bandar Penawar, Johor.

Saturday, April 12, 2025

SEMANGAT BARU

 


Setelah lebih empat tahun tidak menulis ni blog ni tiba-tiba muncul semangat baru untuk menulis semula. Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan semangat baru ni muncul. antaranya ialah setelah saya membaca blog teman saya yang menulis di online platform. Saya rasa dia penulis yang bagus. dia menulis dengan jujur dan ikhlas dan tak kisah ada orang yang akan baca atau tidak. Walaupun apa yang ditulis lebih kepada tentang dirinya sendiri, pendapat dia dan apa yang dia rasa tapi cara dia menyampaikan sesuatu melalui tulisan itu sangat menarik minat saya.

Satu lagi faktor adalah disebabkan saya mengalami depresi yang agak teruk akhir-akhir ini menyebabkan saya banyak berfikir dan termenung. Sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban depresi saya berazam untuk muncul dengan semangat baru kerana semangat lama telah pun lama pudar dan hilang. Lupakan segala masalah, fokus kepada apa yang sedang dilakukan dan tidak terlalu memikirkan perkara yang belum terjadi atau diluarkawalan saya. Fokus kepada diri sendiri, selebihnya berserah saja pada Allah S.W.T.

Semoga saya istiqamah dan semoga tulisan saya yang akan datang boleh membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesiapa saja yang membaca. Sekian untuk kali ini.

Ciajuolah...