Nuffnang

Tuesday, January 7, 2020

Apa itu Jurutera/Engineer?



Ramai yang pernah dengar perkataan engineer, tapi ramai juga yang tak tahu apa itu engineer atau dalam bahasa melayunya jurutera. Saya pernah menemubual ramai lepasan ijazah kejuruteraan yang memohon pekerjaan sebagai jurutera kebanyakan mereka tidak dapat menjawab dengan betul apa itu jurutera. Bagaimana nak jadi jurutera kalau anda sendiri tak tahu apa itu jurutera. Jadi kepada yang sedang mencari kerja baik anda membaca pos ini sehingga habis kerana anda mungkin akan ditanya soalan ini semasa interview nanti.


Definisi

Jurutera adalah suatu pebuatan seseorang menggunakan pendekatan saintifik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sama ada merekabentuk, membina, menyelenggara atau membaiki sesuatu. Pada saya dalam bahasa mudahnya ialah seseorang yang menyelesaikan sesuatu masalah. Jadi input bagi seseorang jurutera masalah dan outputnya pula adalah penyelesaian atau solution.



Jenis-jenis Jurutera

Terdapat berbagai-bagai jenis jurutera, sivil, elektrikal, elektronik, mekanikal dan kimia. Kesemuanya menyelesaikan masalah dalam bidang masing-masing. Jurutera sivil menyelesaikan masalah bangunan dan struktur, jurutera mekanikal menyesaikan masalah mesin-mesin mekanikal dan jurutera elektronik merekabentuk dan membina alatan elektronik untuk menyelesaikan sesuatu malah.



Perbandingan

Jurutera adalah suatu bidang yang serius kerana memerlukan ketelitian dan ketepatan yang tinggi. Kerana jika anda sorang doktor dan pesakit anda meninggal, anda boleh kata anda sudah cuba yang terbaik, dan jika anda seorang peguam yang kalah dalam sesuatu kes juga anda boleh berkata yang sama. Tetapi jika seorang jurutera yang mereka bangunan dan bangunan yang dibina tersebut runtuh, bolehkah anda berkata anda telah buat yang terbaik?



Kesimpulan

Kesimpulannya jika anda menghadiri temubual untuk sesuatu pekerjaan dan ditanya apakah itu engineer? Jawapannya ialah Engineer adalah seseorang yang menyelesaikan masalah. Jika anda memohon untuk jurutera sivil anda menyelesaikan malasah sivil, jika anda memohon jurutera software anda menyelesaikan masalh software dan jika anda jurutera sistem anda menyelesaikan masalah sistem. Ada banyak lagi yang boleh anda tahu tentang jurutera, tapi cukuplah setakat ini dulu. Semoga berjaya.


Thursday, January 2, 2020

Peringatan di Tahun 2020


Assalamualaikum

Buat peringatan pada tahun 2020 ini semua tarikh (date) haruslah diletak penuh, contoh 31/01/2020 dan bukan 31/01/20. Ini adalah kerana sesiapa boleh menambah dibelakang tarikh menjadikan ia 31/01/2017 atau 31/01/2019 atau apa2 tahun pun.

Perkara ini belaku untuk tahun 2020 sahaja. Oleh itu berhati hati dalam tandatangan atau menerima apa2 dokumen pun. Harap maklum.

Ciajuolah...

Azam Tahun 2020


Salam Tahun Baru buat semua pelawat Blog saya. Terima Kasih kerana sudi berkunjung. Jangan lupa click iklan nuffnang saya ye. Kalau dah click saya ucapkan ribuan Terima Kasih dan semoga anda dimurahkan rezeki.

Azam Tahun baru saya bagi Tahun 2019 ialah menyertai satu acara larian setiap bulan dan Alhamdulillah telah pun berjaya tercapai. Berikut senarai larian yang saya dah sertai dalam tahun 2019.

12 Jan 2019 - 10km STEM Superhero Run
24 Feb 2019 - 5km E.I.C Run
10 Mar 2019 - 5km UPSI Farm Run
20 Apr 2019 - 10km UKM Varsity Run
01 May 2019 - 10km HKL City Run
30 Jun 2019 - 10km Coway Run
21 Jul 2019 - 12km AXA Heart in Action Run
08 Sep 2019 - 10km SD Run
12 Oct 2019 - 5km Education Fun Run
20 Oct 2019 - 10km DPulze Friendship Run & Ride
23 Nov 2019 - 21km Putrajaya Night Marathon
08 Dec 2019 - 10km Larian Menjunjung Kasih


Alhamdulillah juga dalam 12 larian yang saya sertai ada satu Half Marathon yang Berjaya (Habis sebelum Cut Off Time). Cuma satu saja azam saya pada tahun 2019 sebab tahun sebelum tu buat azam banyak-banyak tapi satu pun tak tercapai. Maka pada tahun 2019 saya buat satu azam saja dan lebih realistic.

Tujuan saya menulis post ini hanyalah untuk declare azam saya untuk tahun 2020 ni. Memandangkan azam 2019 berjaya tercapai, maka untuk tahun 2020 saya ada 4 azam yang realistic dan berharap akan boleh tercapai:

1) Menyertai sekurang-kurang satu acara larian dalam setiap bulan dan kali ni lebih banyak Half Marathon. Waktu ni pun saya dah register untuk bulan Januari (Twincity Run) dan Februari (Selangor Marathon).
2) Menurunkan berat badan yang sekarang ni 92.4 Kg. Saya target turun menjadi 80an je. 89 Kg pun takpelah asalkan 80 an.
3) Mendapatkan sekurang-kurangnya satu pendapatan sampingan selain daripada pendapatan utama kerja makan gaji.
4) Update blog ni sekurang-kurangnya satu post sebulan.

Dapatkah azam 2020 saya ni tercapai? Kita tengok tahun 2021 nanti.

Sunday, December 29, 2019

6 Cara Menjana Pendapatan di Internet


Sekali lagi post saya berdasarkan nasihat oleh Irfan Khairi. Kali ini senarai cara menjana pendapatan di Internet. Di zaman cyber fiber ni internet memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Hampir setiap orang mempunyai internet di tangan masing masing. Banyak juga urusan harian yang dilakukan melalui internet seperti, membayar bill, mendaftar acara larian, daftar anak sekolah, membeli belah dan sebagainya. Banyak masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan internet. Apabila ada masalah bermakna ada peluang. Di sini saya kongsikan peluang menjana pendapatan yang boleh dilakukan di Internet seperti yang dicadangkan oleh saudara Irfan Khairi:


1) E-Commerce

Menjual produk seperti Pakaian, Gajet, Makanan atau apa saja barangan di internet.
Sangat berkesan tetapi memerlukan kos yang tinggi untuk memulakan perniagaan.
Caranya, beli barang secara borong dan murah di China, Vietnam atau Ali Baba dan jual semula di internet melalui website, IG atau FB anda.

2) Affiliate Program

Promote product dari e-commerce lain dan dapat komisen apabila berlaku pembelian dari promosi yang dibuat.
Tidak memerlukan modal cuma buat website atau social media dan share link kemudian terima komisen apabila orang beli dari link yang kita bagi.
Buat macam full time jual produk sendiri.
Bukan setakat share link, untuk lebih Berjaya promote barangan yang anda tahu banyak tentang barangan tersebut.

3) Pengiklanan Online

Contoh paling popular ialah Google Adsense dan nuffnang.
Bina Blog atau laman web dan daftar Google Adsense supaya Google boleh meletakkan iklan. Google akan bayar komisen apabila ramai orang melawat laman web kita. Semakin ramai semakin banyak komisen.
Contoh website ialah seperti website tips-tips travelling, Gosip artis, perkara-perkara viral dll.
Agak sukar kerana perlu rajin mengisi konten dalam website untuk menarik pelawat.

4) Youtubers

Monetize video-video yang anda upload di youtube. Youtube akan letak iklan dalam video anda apabila ditonton. Youtube akan bayar apabila ramai viewers video anda.
Contoh kanak-kanak korea yang memperolehi berjuta pandapatan dari review barang permainan.
Cara agak mudah kerana boleh menggunakan handphone 100%.
Ada orang buat video tutorial bernafas pun boleh dapat viewers sehingga 200k++
Rate yang Youtube bagi dalam RM5 untuk setiap 1000 Viewers. 200 x rm5 bukan ke dah dapat rm1000 untuk satu video. Mudah kan?

5) Menjual Produk Digital

Menjual e-book atau apa-apa info di internet.
Sebelum itu anda perlu manjadi seorang yang pakar dalam sesuatu bidang. Contohnya pakar motivasi, pakar forex, pakar memasak dan bina ebook tentang kepakaran anda tersebut.

6) Jual Apps

Tak perlu pandai programming. Boleh upah programmer untuk bina apps anda dan jual.
Apps boleh dijual dengan harga yang mahal.
Cari masalah yang boleh diselesaikan melalui apps, upah orang untuk bina apps tersebut dan jual.
Lakukan research dengan teliti, pastikan ada permintaan kerana nak buat apps memerlukan modal yang agak banyak juga.

Sunday, November 3, 2019

Mindset Orang Miskin vs Mindset Orang Kaya


Post kali ini adalah sekadar nota saya selepas menonton video motivasi dari saudara Irfan Khairi. Ianya berkaitan Mindset orang miskin dan Mindset orang kaya. Bukan niat saya untuk menghina orang miskin dan bukan nak menyatakan yang saya ini orang kaya dan anda semua kena buat macam saya. Cuma sekadar nak mengajak diri sendiri dan anda semua untuk mengubah diri menjadi lebih maju. Akhirnya terpulang pada anda, mana yang anda rasa baik boleh praktikkan dan mana yang anda rasa tak betul abaikan sahaja.

Berikut enam perbandingan Mindset orang miskin dan orang kaya:

No.
Mindset Orang Miskin
Mindset Orang Kaya
1
 Ganjaran diperolehi mengikut masa

Ganjaran yang banyak hanya boleh diperolehi selepas jangka masa yang lama.
 Ganjaran diperolehi mengikut Usaha

Lebih kuat kita berusaha lebih banyak ganjaran akan diterima
 2
Salahkan orang atas kegagalan 

Apabila kesalahan diletakkan ke atas orang lain, diri sendiri tidak melakukan apa-apa perubahan untuk pembetulan atau kemajuan.
Salahkan diri sendiri atas kegagalan 

Ambil tanggungjawab atas kegagalan dan belajar darinya. Maka diri akan berubah untuk lebih baik supaya kegagalan tidak berulang.
 3
 Berjimat

Mengumpul harta sehingga diri kekurangan dan menjadi lebih mundur. Contoh, berjimat menggunakan kereta murah untuk urusan perniagaan menyebabkan pelanggan tidak yakin dan susah nak dapat projek.
 Invest

Membelanjakan harta untuk mendapat lebih harta. Contoh, membelanjakan wang untuk kereta mewah untuk urusan perniagaan membuatkan pelanggan yakin dan memberi projek.
 4
Merasa serba tahu 

Merasa serba tahu dan sentiasa memberi nasihat kepada orang lain dan kurang rasa untuk memajukan diri.
 Merasa kekurangan ilmu

Merasakan masih banyak yang belum diketahui dan sentiasa ingin ambil tahu dan memajukan diri.
5 
 Harta punca kejahatan

Bila kaya akan jadi boros, kurang kasih sayang, banyak maksiat, sombong dan sebagainya.
Harta hanya menyerlahkan diri seseorang

Bila seseorang jahat mendapat harta yang banyak akan jadi lebih jahat, bila orang baik akan jadi lebih baik. Malah bila tiada harta akan mendorong orang melakukan kejahatan untuk terus hidup.
 6
 Segalanya adalah takdir & nasib

Kekayaan adalah nasib dan semua rezeki adalah takdir, maka diri kurang berusaha dan mengharapkan nasib.
 Hidup perlu berusaha

Bukan tak percaya kepada takdir, tetapi untuk hidup berjaya di dunia dan akhirat, kita perlu berusaha. Nak buat baik juga perlu modal.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua termasuk diri saya sendiri. Saya tuliskan di sini untuk rujukan diri sendiri supaya saya boleh ingat semula di mana-mana saya berada. Terima kasih sudara Irfan Khairi.

Sekian, Terima Kasih.

Kredit: Irfan Khairi


Ciajuolah...

Wednesday, September 11, 2019

Turutan Nama Panggilan Adik Beradik


turutan sehingga 10 org adik beradik yang kebiasan digunakan oleh orang Perak walaubgaimanapun turutan mengikut bilangan adik beradik dan mesti dimulakan dengan yg sulung (Along) dan yang bongsu (Cu/Acu) kalau 3 orang (along/acik/cu). Jika 4 orang (along/angah/acik/cu). 

1 - Along/Yong
2 - Angah
3 - Alang
4 - Anjang
5 - Uda
6 - Andak
7 - Teh
8 - Tam
9 - Acik
10 - Cu

Tuesday, June 11, 2019

Cepatnya Masa Berlalu...


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang membaca. Tanpa kita sedar sekali lagi kita meraikan hari yang mulia ini dan ianya kian berlalu.

Bila ingat semula terasa kejap sahaja masa berlalu dan hari raya pun telah mula hilang kehangatannya. Hari ini ramai yang telah memulakan semula tugas, yang bersekolah telah masuk ke sekolah semula. Bila ingat kembali apa yang telah berlaku sepanjang cuti raya ni............ emm mcm tak banyak yang dapat diingat. Bila ingat balik sepanjang raya tahun lepas apa yang berlaku lagilah tak ingat apa-apa. Tapi bila ingat balik raya semasa zaman kanak-kanak banyak pula kenangan yang menjelma. Kenapa ya?

Rasanya sebab zaman dulu sesuatu perkara berlaku dengan perlahan dan kita ada banyak masa menikmati perkara tersebut. dengan itu sesuatu perkara itu lebih dalam terpahat dalam ingatan. 

Ambil contoh menghantar mesej kepada keluarga. Kalau zaman surat dulu kita perlu menulis menyusun ayat kemudian untuk menghantar kita perlu ke pekan beli stem dan pos. Sepanjang perjalanan mengepos itu pula mungkin ada perkara-perkara lain yang berlaku seperti singgah ke mana-mana kedai, atau terserempak dengan kawan lama. 

Kalau zaman telefon pula perlu mencari syiling dan public phone sebelum menelefon ahli keluarga seorang demi seorang untuk menyampaikan mesej. 

Berbanding dengan zaman sekarang hanya perlu menaip mesej di handphone dan hantar melalui group whatsapp dah siap. selepas beberapa hari mungkin kita dah lupa tentang aktiviti tersebut. Untuk recall semula maybe kita kena check di handphone. Bak kata lain di zaman ini kebanyakan memori kita berada di handphone. Hilang handphone hilanglah memori.

Begitu juga proses mengambil gambar, bandingkan proses mengambil gambar di zaman kodak dahulu berbanding zaman smartphone ini. Tetapi kita ingat kebanyakan gambar yang kita pernah snap semasa zaman kodak dulu berbanding zaman sekarang kan? Sekarang kita snap gambar sesuka hati, beberapa hari kemudian kita lupa gambar tu dah ada dalam phone kemudian kita snap lagi.

Anda rasa lebih seronok di zaman dahulu atau zaman sekarang?

Ciajuolah...