Nuffnang

Sunday, October 11, 2026

ANGKUH!

 

Akhir-akhir ini aku selalu menjengah berita-berita dari Indonesia di media sosial. Pada awalnya, aku agak terhibur melihat gelagat pemimpin mereka ketika berpidato. Terasa lucu mendengar pidato dan kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Tapi lama-kelamaan, konten daripada rakyat mereka pula mula menonjol. Dari situ, timbul rasa kasihan. Rupanya, kesan daripada salah memilih pemimpin bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Segala kepincangan yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa akhirnya rakyat juga yang terpaksa menanggung akibatnya. Kalau nak disenaraikan satu per satu, panjang pula entry ini nanti. Korang scroll la sendiri pasal MBG, KDMP, rupiah terendah dalam sejarah, Karhutla, Wantimpres, BBM langka, gaji guru indonesia dan Probowo.

Namun, rasa simpati itu mula berubah apabila pasukan bola sepak mereka menang baru-baru ini. Tiba-tiba, media sosial dipenuhi provokasi daripada netizen mereka, seolah-olah kemenangan itu menjadikan mereka sebuah kuasa besar dunia. Seolah-olah mereka sudah berada di tahap yang jauh lebih tinggi berbanding negara-negara jiran. Angkuh!

Mungkin kedengaran kejam, tetapi sekarang aku dah tak peduli dengan apa yang berlaku di negara mereka. Malah, ada ketika aku terfikir, biarlah pemimpin mereka terus dengan segala idea dan kepentingan masing-masing. Biarlah rakyat mereka menikmati segala kepincangan di dalam negara mereka. Mungkin itulah yang mereka maksudkan berbeza level.

Kepada rakyat Indonesia, aku cuma nak kata “Good Luck and take care”. Kamu nak gerak terus kebelakang teruskanlah. Kami nak bergerak terus maju.

Ciajuolah…

Ahad, 11 Oktober 2026 (9:15 am)

Kuala Ketil, Kedah.




No comments:

Post a Comment