Berikutan isu-isu semasa yang sedang hangat sekarang ini berkaitan hubungan antara negara serantau membawa aku ke satu istilah yang dipanggil Kakistocracy.
Ianya merupakan istilah bahasa Inggeris yang berasal dari bahasa Yunani yg membawa maksud pemerintahan oleh golongan yang paling teruk. Bentuk pemerintahan yang dikuasai oleh individu-individu yang tidak cekap, tidak berkelayakan dan paling teruk untuk memimpin sesebuah negara.
Untuk layak digelar Kakistocracy, negara tersebut perlu memenuhi ciri pemerintahan berikut:
- Pemimpin tidak berkelayakan — jawatan penting diberikan berdasarkan kesetiaan politik, hubungan peribadi atau kronisme, bukannya kebolehan.
- Rasuah dan salah guna kuasa — kepentingan pemimpin dan sekutunya diutamakan berbanding kepentingan rakyat.
- Keputusan yang merugikan rakyat — dasar dibuat tanpa pertimbangan yang baik, sehingga ekonomi dan kehidupan rakyat terjejas.
- Mengabaikan kritikan — pemimpin menolak teguran, menyalahkan pihak lain dan tidak mahu bertanggungjawab atas kegagalan.
- Institusi negara semakin lemah — integriti pentadbiran, keadilan dan akauntabiliti semakin terhakis.
Berdasarkan ciri-ciri di atas, korang rasa ada tak negara serantau ni yang memenuhi semua ciri-ciri tersebut? Malas nak sebut, tapi korang mesti dah tau jawapannya.
Ciajuolah…
Isnin, 26 Oktober 2026 (1:03am)
Kajang.

No comments:
Post a Comment