Sekali lagi post saya berdasarkan nasihat oleh Irfan Khairi. Kali ini senarai cara menjana pendapatan di Internet. Di zaman cyber fiber ni internet memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Hampir setiap orang mempunyai internet di tangan masing masing. Banyak juga urusan harian yang dilakukan melalui internet seperti, membayar bill, mendaftar acara larian, daftar anak sekolah, membeli belah dan sebagainya. Banyak masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan internet. Apabila ada masalah bermakna ada peluang. Di sini saya kongsikan peluang menjana pendapatan yang boleh dilakukan di Internet seperti yang dicadangkan oleh saudara Irfan Khairi:
1) E-Commerce
Menjual produk seperti Pakaian, Gajet, Makanan atau apa saja
barangan di internet.
Sangat berkesan tetapi memerlukan kos yang tinggi untuk
memulakan perniagaan.
Caranya, beli barang secara borong dan murah di China,
Vietnam atau Ali Baba dan jual semula di internet melalui website, IG atau FB
anda.
2) Affiliate Program
Promote product dari e-commerce lain dan dapat komisen apabila
berlaku pembelian dari promosi yang dibuat.
Tidak memerlukan modal cuma buat website atau social media
dan share link kemudian terima komisen apabila orang beli dari link yang kita
bagi.
Buat macam full time jual produk sendiri.
Bukan setakat share link, untuk lebih Berjaya promote
barangan yang anda tahu banyak tentang barangan tersebut.
3) Pengiklanan Online
Contoh paling popular ialah Google Adsense dan nuffnang.
Bina Blog atau laman web dan daftar Google Adsense supaya
Google boleh meletakkan iklan. Google akan bayar komisen apabila ramai orang
melawat laman web kita. Semakin ramai semakin banyak komisen.
Contoh website ialah seperti website tips-tips travelling, Gosip
artis, perkara-perkara viral dll.
Agak sukar kerana perlu rajin mengisi konten dalam website
untuk menarik pelawat.
4) Youtubers
Monetize video-video yang anda upload di youtube. Youtube
akan letak iklan dalam video anda apabila ditonton. Youtube akan bayar apabila
ramai viewers video anda.
Contoh kanak-kanak korea yang memperolehi berjuta pandapatan
dari review barang permainan.
Cara agak mudah kerana boleh menggunakan handphone 100%.
Ada orang buat video tutorial bernafas pun boleh dapat viewers
sehingga 200k++
Rate yang Youtube bagi dalam RM5 untuk setiap 1000 Viewers.
200 x rm5 bukan ke dah dapat rm1000 untuk satu video. Mudah kan?
5) Menjual Produk Digital
Menjual e-book atau apa-apa info di internet.
Sebelum itu anda perlu manjadi seorang yang pakar dalam
sesuatu bidang. Contohnya pakar motivasi, pakar forex, pakar memasak dan bina ebook
tentang kepakaran anda tersebut.
6) Jual Apps
Tak perlu pandai programming. Boleh upah programmer untuk
bina apps anda dan jual.
Apps boleh dijual dengan harga yang mahal.
Cari masalah yang boleh diselesaikan melalui apps, upah
orang untuk bina apps tersebut dan jual.
Lakukan research dengan teliti, pastikan ada permintaan
kerana nak buat apps memerlukan modal yang agak banyak juga.
No comments:
Post a Comment