Nuffnang

Tuesday, February 17, 2015

Jiran Saya yang Hebat


Jiran saya yang di sebelah kanan rumah saya berbangsa cina, manakala yang di sebelah kiri berbangsa India. Yang hendak saya ceritakan ialah tentang jiran saya yang berbangsa cina ni. Pada saya dia adalah jiran seorang yang hebat dan saya kagum dengan dia.

Pagi-pagi sebelum subuh lagi saya akan dengar jiran saya ni suami isteri dah bangun dan berkemas rumah, basuh kain dan bersenam. Lepas tu sekitar 6:30 am mereka suami isteri akan keluar jogging sama sama keliling taman sambil kutip botol dan tin-tin kosong. bila dah balik rumah mereka akan bersihkan dan simpan botol dan tin kosong yang dikutip. Saya cuba mengikut sekurang-kurangnya bangun awal macam mereka tapi sampai sekarang masih belum berjaya. Tak tahan mata ngantuk sangat, kalau tak ada hal yang memaksa memang tak bangun lah. he he...

Saya sangka mereka kutip botol dan tin kosong untuk dijual supaya dapat pendapatan tambahan. Memandangkan saya pun selalu beli air mineral untuk kegunaan dapur, saya pun sedekahkanlah pada mereka botol-botol kosong air mineral tersebut pada jiran saya ni. Rupa-rupanya bahan buangan yang dikutip ni bukanlah mereka jual, tetapi mereka sedekahkan kepada badan kebajikan untuk dikitar semula dan mereka tak dapat satu sen pun dari hasil bahan buangan tersebut. Terkejut saya mendengarnya, dalam hati terasa mulianya hati mereka. Walaupun mereka bukan keluarga yang kaya, tapi sanggup bersusah payah berusaha untuk melakukan amal kebajikan.

Pada saya mereka patut dicontohi lebih-lebih lagi oleh yang beragama Islam. Mana tidaknya, kita diajar sejak kecil sunnah nabi bangun sebelum subuh itu bagus untuk kesihatan, bersedekah itu sifat mulia dan akan dibalas dengan pahala dan rezeki yang berkali ganda di kemudian hari. Tapi tak ramai antara kita yang beragama Islam mampu melakukan seperti jiran saya ini lakukan. Terasa tercabar pula diri ni... InsyaAllah esok saya akan berusaha bangun awal :-)

Ciajuolah...

Wednesday, January 21, 2015

Movie Review - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Kapal Van Der Wijck tenggelam pada 1936 diantara Surabaya dan Semarang, dari peristiwa ini ditulis sebuah novel cinta oleh seorang penulis hebat iaitu Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah atau HAMKA. Hasilnya sebuah novel yang super best seller berjudul Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan kemudiannya diadaptasikan kepada Filem pada 2013.

Sejak filem ini keluar saya cuba mencarinya di internet jika ada yang boleh di-download atau stream online. tapi hampa sehinggalah penghujung tahun 2014 apabila ASTRO menyiarkan filem ini di ASTRO First. Barulah saya dapat menonton filem ini. Sebenarnya novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini saya baca pada pertengahan 2014 juga selepas membelinya semasa company trip ke Padang. Sejak itu saya semakin bersungguh-sungguh mencari link download movie ini kerana ceritanya yang ternyata menarik.

Filem ini mengisahkan percintaan Zainudin dan Hayati yang terhalang oleh adat. Zainudin berasal dari Makasar, ayahnya orang Padang yang dibuang ke Makasar kerana membunuh. Setelah kematian ibu dan ayahnya Zainudin merantau ke Padang untuk menuntut ilmu. Namun dia tidak diterima dengan baik di Padang kerana dianggap orang asing dan tidak mewakili mana mana suku kerana ibunya orang Makasar.

Di Batipuh Padang, Zainudin telah jatuh cinta pada Hayati namun tidak disukai oleh masyarakat di situ yang berpegang kuat pada adat dan percintaan Zainudin dan Hayati dianggap menconteng arang di muka. Lalu Zainudin diusir ke Padang Panjang, jauh dari Hayati. Sebelum Zainudin berangkat ke Padang Panjang Hayati bersumpah bahawa dirinya hanya untuk Zainudin sahaja.

Namun setelah masa berlalu, hati Hayati kian berubah dan akhirnya dijodohkan dengan Aziz yang datang dari keluarga berada. Perkahwinan Hayati dan Aziz benar-benar menghancurkan hati Zainudin sehingga jatuh sakit lalu membawa diri ke Surabaya. Di Surabaya Zainudin berjaya menjadi penulis yang berjaya dan kaya raya.

Sementara Hayati mulai mengenali siapa Aziz sebenarnya, seorang kaki judi, kaki perempuan, penipu, panas baran dan sebagainya. Ditakdirkan Aziz dinaikan pangkat dan dihantar ke Surabaya oleh untuk bertugas di sana. Di Surabaya hidup Hayati semakin sengsara dan di surabaya juga dia bertemu semula dengan Zainudin yang telah berjaya. Di situlah percintaan Zainudin dan Hayati diduga dengan hebat dengan tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang membawa Hayati.

Filem ini penuh dengan kisah sedih, namun ceritanya macam dipercepatkan mungkin untuk mengelakkan filem ini melerat sehingga lebih tiga jam. Biasanya filem yang diadaptasikan dari novel akan diubah sedikit dan banyak perkara yang terpaksa di-skip untuk menjadikan durasi filem tidak terlalu panjang. Namun filem ini mengikut cerita novelnya hampir 100%, mungkin kerana novelnya sendiri tidak terlalu panjang. Keseluruhannya saya beri filem ini 8/10 markah dan direkommend untuk tengok.

Sekian, Ciajuolah...

Saturday, January 17, 2015

Isu Wanita Bertudung Peluk Artis K-Pop Atas Pentas


Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua kerana kita masih lagi di bulan Januari iaitu bulan pertama dalam tahun 2015 ni. Sedar tak sedar, blog ni pun dah lebih setahun usianya. Ini adalah post saya yang pertama untuk tahun ni.

Baru-baru ini negara digemparkan oleh viral beberapa peminat k-pop bertudung berpeluk dan dicium di atas pentas. Ramai bijak pandai yang memberi ulasan dan komen, ada yang membina dan ada juga yang entah apa-apa. Tak kurang juga peminat K-Pop sendiri yang cuba mempertahankan artis pujaan mereka.

Tak kisahlah apa yang dikomenkan, yang telah berlaku tetap berlaku. Kita yang tak terlibat ni cubalah ambil pengajaran, yang tak elok janganlah buat. Seperti yang saya selalu tekankan, buat perkiraan sebelum bertindak.

Cuma ada beberapa komen yang menarik perhatian saya yang saya rasa tak betul dan patut ditegur iaitu "Buat malu Islam je bercium atas pentas, baik takyah pakai tudung" dan "kalau freehair tu orang faham la memang sosial, ini siap bertudung sampai ke lutut. Buat malu betul" dan seumpamanyalah.

Pendapat saya memakai tudung itu tidak salah, yang salah adalah perbuatan diorang yang mungkin agak keterlanjuran. Maka yang harus diperbaiki adalah keterlanjuran yang telah dilakukan, bukanlah tudung yang mereka pakai. Jika kita menyuruh mereka membuka tudung, samalah kita seperti nenek ni:


Sekian, Ciajuolah...


Saturday, December 27, 2014

Pengalaman Melahirkan Anak Kembar


Pada 7 November 2014 lalu genaplah empat tahun umur anak kembar aku Mohammad Harith & Mohammad Haikal yang selalunya aku gelar Si Kembar. Terasa cepat masa berlalu, empat tahun bukanlah berlalu dengan lancar dan indah sentiasa. Bermacam macam dugaan yang telah dilalui termasuk perceraian aku dengan bekas isteri, emak Si Kembar ni. 

Mengimbau kembali empat tahun dulu pengalam mengandungkan dan melahirkan Si Kembar ada di ceritakan oleh ibunya dalam blognya. Namun hari ini tergerak hati aku untuk menceritakan semula pengalaman melahirkan kembar versi aku pulak.

Waktu tu tahun 2010, anak sulung aku Mohammad Hakimi baru lapan bulan. Aku masih belajar di UTM dan pulang ke Serdang menjenguk anak isteri seminggu/dua minggu sekali. Bila isteri aku waktu tu kata dia tak datang period lagi aku mula resah. Isteri aku cuba menenangkan aku katanya mungkin period dia bulan tu lambat sikit, sebab kadang-kadang memang macam tu. Katanya dia nak makan buah nenas supaya periodnya cepat sikit. Aku setuju aje, tapi period yang ditunggu tak juga datang dan kali ni masing-masing mula cuak.

Akhirnya aku suruh isteri aku amik pregnancy test, waktu tu aku di JB. Bila isteri aku call bagitau keputusan positif, dia mengandung lagi aku terus tepuk kepala.TIDAK!!! susah aku nak bayangkan hidupkan aku yang masih belajar ni dangan anak dua orang. Susah nak diterima, rasa macam nak berhenti belajar pun ada, sebab nak cari kerja untuk besarkan anak. Isteri aku kerja shift waktu tu, kos untuk hantar anak sulung aku ke nursery yang beroperasi 24 jam RM400 sebulan. Kalau beranak lagi sorang akan jadi RM800. mana nak cari duit banyak tu bulan-bulan? Nak tak nak aku kena terima, berani buat berani lah tanggung.

Bila isteri aku nak pergi first check up, aku balik ke Serdang untuk temankan dia. Tapi malam tu aku terminum air 3 in 1 yang dah expired sampai aku sakit perut pagi tu... Akhirnya isteri aku ambil keputusan untuk pergi sorang. Lama jugak dia pergi check up, balik tu aku tengok muka dia macam ada sesuatu yang difikirkannya. Aku mula risau takut anak yang dikandung ada masalah... Tiba-tiba isteri aku kata "Bang, anak kita kembar..." aku kelu tak tau nak kata apa. Aku tak tau aku nak gembira ke tak. Akhirnya aku ambil keputusan untuk tersenyum dan bergembira dulu. Masalah yang akan datang aku fikir kemudian je lah... Aku peluk isteri aku.

Waktu mengandungkan kembar isteri aku waktu tu tak ada alahan sangat. Mengidam pun tak ada sangat, aku ingat dia mintak mee kari je, tu pun dia masak sendiri je tak payah aku pergi cari. Cuma satu permintaannya aku stay dekat KL sampai Si Kembar dilahirkan. Memang berat sikit untuk aku sebab khidmat aku memang diperlukan sangat di UTM. Akhirnya aku memberanikan diri untuk cakap dekat supervisor aku yang aku nak study jarak jauh, aku tak nyatakan sebabnya. Tapi dia benarkan.

Langkah berikutnya, kami cari rumah sewa baru yang lebih luas dan selesa. Alhamdulillah kami jumpa rumah teres di Semenyih yang lebih luas dan selesa dengan kos sewa yang sama RM300. Kemudian aku mencari kerja yang aku boleh buat sambil aku study. Akhirnya aku dapat kerja opis di Midvalley waktu tu isteri aku dah nak melahirkan Si Kembar dah. Perutnya besar sangat sampai aku yang tengok jadi risau.

Beberapa Hari sebelum Bersalin

Pada 5 Nov 2010 Isteri aku pergi ke Hospital Serdang sebab doktor kata Si Kembar dah besar sangat. Dia kena tahan dekat wad sebab besok Doktor nak induce supaya dia beranak besok jugak. Tapi bila doktor nak induce dia check laluan dah dibuka beberapa cm. So, doktor ambil keputusan isteri aku bersalin secara normal tak payah guna ubat induce.

Pada pagi 7 Nov 2010 doktor kata isteri aku akan bersalin pagi tersebut. Diorang benarkan aku masuk ke labour room untuk temankan isteri aku. Aku excited sangat sebab masa bersalin anak pertama tak berkesempatan untuk temankan isteri aku. Ingatkan dah nak bersalin tapi tunggu punya tunggu tak bersalin jugak lagi. Cuma isteri aku yang mengalami contraction semakin kerap. Nampak sangat dari raut wajahnya dia menahan kesakitan bila contraction datang. 

Aku yang duduk di sebelah tak boleh duduk diam kalau boleh nak doktor bersalinkan isteri aku waktu tu jugak. Tapi nurse hanya datang check sama ada dah boleh bersalin ke belum hanya 2 jam sekali sahaja sebab kalau tidak kena jangkitan kuman. Sementara menunggu 2 jam tu seksanya adalah bila melihat bini terseksa. Tapi berat mata yang melihat berat lagi bahu yang memikul.

Selepas jam 2 petang akhirnya doktor pakar datang dengan budak-budak praktikalnya. Pada waktu tu isteri aku dah sedia nak melahirkan dan kembar yang pertama lahir jam 2++ petang. Aku pun tak berapa ingat masa sebenar, kena tengok surat beranak balik. Tapi aku ingat beza masa kelahiran kembar ni ialah 8 minit. Berat kembar yang pertama 2.98kg dan yang kedua 3.02kg. Dalam hati aku bersyukur dan bangga dengan isteri aku yang boleh melahirkan kembar yang besar ni secara normal dan kedua-duanya sihat dan comel. Rasa kagum pun ada. Alhamdulillah...

Mohammad Harith ketika baru dilahirkan

Mohammad Haikal ketika baru dilahirkan

Selepas selesai di-azan dan di-qamat kan kembar dibawa ke wad bayi dan isteri aku dibawa ke wad bersalin. Nurse kata itu memang procedure selepas melahirkan kembar untuk memastikan kedua-dua kembar dalam keadaan sihat. Kembar akan terus ditahan di wad selagi ibunya tak dapat menghasilkan susu yang cukup untuk kedua-dua nya. sesekali aku bawa isteri aku ke wad bayi untuk menyusukan kembar kami. Walaupun susu tak banyak lagi sebab baru je melahirkan, kami berjaya meyakinkan doktor untuk bawa kembar kami balik ke kampung.

Malam esoknya kami bergerak balik ke kampung dengan mak mertua, adik ipar, kembar, anak sulung dan isteri aku semuanya naik satu kereta viva sahaja. Tujuh orang semuanya he he, siapa kata viva tak boleh muat tujuh orang? Dalam hati tak henti-henti berdoa supaya kami selamat sampai. Agak lewat malam tu kami semua selamat sampai ke kampung.

Sekarang kedua-dua kembar dah besar, masing masing dah menunjukkan perangai masing-masing. walaupun kembar, tetapi masih ada perbezaan perangai antara kedua-dua nya. Rupa pun tak adalah sama sangat, masih boleh dibezakan. Tapi kadang-kadang tak dapat jugak nak bezakan maka aku tandakan Harith dengan gelang di tangan, manalah tahu satu hari tiba-tiba keduanya 100% sama. Sekian dulu...

Harith dan Haikal masa ni potongan rambut berbeza supaya senang dibezakan

Ciajuolah...



Monday, November 10, 2014

Finally... My First Keyword


Finally after almost a year waiting, I got my first keyword. It is 'Solat Qada'. Thanks to whoever searching for it. I'll never forget my first keyword.

Ciajuolah...

Saturday, October 11, 2014

Pembetulan Peribahasa Melayu

Burung Pegar

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi - Salah

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi - Betul

Bukan PAGAR yang makan padi, tapi PEGAR yang makan padi iaitu sejenis burung. Disebabkan kesilapan membaca tulisan jawi maka PEGAR bertukar menjadi PAGAR. Burung pegar adalah dari spesis yang memakan serangga dan bijirin. Apabila dijumpai di sawah padi burung ini tidak dihalau kerana sianggap boleh menakutkan haiwan lain dari datang memakan padi. Tetapi memang spesis burung ini juga memakan padi dari situ lahirlah peribahasa "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi". 

Tidak logik jika Pagar makan padi kerana Pagar bukanlah objek hidup yang perlukan makanan. Tambahan pula, tidak ada mana-mana pesawah di dunia ni yang memagar sawah mereka.


Batok


Melepaskan Batuk di Tangga - Salah

Melepaskan Batok di Tangga - Betul

Batok yang dimaksudkan bukanlah perbuatan seperti terbatuk, tapi adalah merupakan peralatan yang diletakkankan di tepi tangga untuk membasuh kaki. Sudah menjadi kebiasaan orang dulu-dulu membasuh kaki sebelum naik ke rumah. Biasanya di tepi tangga diletakkan tempayan berisi air dan Batok yang dibuat dari tempurung kelapa digunakan untuk mencedok air tersebut. Selepas digunakan, biasanya batok diletakkan semula ke tempatnya. Sebab itulah orang yang membuat kerja separuh jalan itu diibaratkan "Melapaskan batok di tangga". Sepatutnya dia menghabiskan kerjanya mencuci kaki dengan meletakkan semula batok tersebut di tempatnya. 

Tiada kaitan antara perbuatan terbatuk di tangga dengan orang yang membuat kerja separuh jalan. Lagipun batuk bukanlah seperti kentut yang boleh ditahan-tahan untuk dilepaskan. Biasanya batuk berlaku secara spontan.


Bagaimanapun, untuk adik-adik yang masih belajar digalakkan untuk membuat kajian lebih mendalam di dewan bahasa dan pustaka kerana skema perperiksaan mengikut dewan bahasa dan pustaka, bukan hujah dan logik kita sendiri.

Thursday, October 9, 2014

Minyak Naik Lagi

Cuba tengok video berita di atas, apa pendapat anda? Aku bukanlah penyokong kuat pembangkang atau mana-mana parti, tetapi dari sebab yang diberikan memang jelas nyata harga minyak dinaikkan tanpa sebab yang kukuh. Sebab itulah keluar alasan yang entah apa-apa - TIDAK SENGAJA. Alasan perdana menteri ini tidak dapat diterima logik akal dan aku pun malas nak komen lebih-lebih. Tengoklah sendiri video tu dan nilaikanlah....

Cuba tengok pulak ucapan Ustaz Azhar Idrus ni...
Ucapan UAI ini lebih logik dan diterima akal. Bukan nak membandingkan antara mereka sebab pada aku kedua-dua nya pemikir yang hebat, cuma bezanya UAI menyatakan apa yang sebenarnya berlaku (Sebab itu logik) manakala PM melindungi apa yang sebenarnya berlaku tetapi mungkin ketandusan idea (Sebab itu ntah apa-apa).

Untuk rakyat marhein seperti kita ini tak banyak yang kita boleh buat, cuma post banyak-banyak dekat facebook pasal harga minyak naik, dua hari kemudian pos gambar lembu dan rendang sempena Raya Haji. Senyap terus pasal minyak.

Dari kita bising-bising kat facebook tapi harga minyak naik jugak baik kita layan video Wak Uteh - Minyak Naik dan Lembu Naik Minyak ni semoga terubat sikit hati yang kecewa dengan kenaikan harga minyak. Nak buat macam mana lagi...? Ciajuolah...