Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua kerana kita masih lagi di bulan Januari iaitu bulan pertama dalam tahun 2015 ni. Sedar tak sedar, blog ni pun dah lebih setahun usianya. Ini adalah post saya yang pertama untuk tahun ni.
Baru-baru ini negara digemparkan oleh viral beberapa peminat k-pop bertudung berpeluk dan dicium di atas pentas. Ramai bijak pandai yang memberi ulasan dan komen, ada yang membina dan ada juga yang entah apa-apa. Tak kurang juga peminat K-Pop sendiri yang cuba mempertahankan artis pujaan mereka.
Tak kisahlah apa yang dikomenkan, yang telah berlaku tetap berlaku. Kita yang tak terlibat ni cubalah ambil pengajaran, yang tak elok janganlah buat. Seperti yang saya selalu tekankan, buat perkiraan sebelum bertindak.
Cuma ada beberapa komen yang menarik perhatian saya yang saya rasa tak betul dan patut ditegur iaitu "Buat malu Islam je bercium atas pentas, baik takyah pakai tudung" dan "kalau freehair tu orang faham la memang sosial, ini siap bertudung sampai ke lutut. Buat malu betul" dan seumpamanyalah.
Pendapat saya memakai tudung itu tidak salah, yang salah adalah perbuatan diorang yang mungkin agak keterlanjuran. Maka yang harus diperbaiki adalah keterlanjuran yang telah dilakukan, bukanlah tudung yang mereka pakai. Jika kita menyuruh mereka membuka tudung, samalah kita seperti nenek ni:
Sekian, Ciajuolah...
Bagi sy pulak, sepatutnya pihak penganjur kena inform kepada artis2 kpop ni supaya tidak melakukan adegan mencium atau memeluk kerana rata2 yang datang adalah melayu.. pastinya tidak kiralah bertudung atau tidak, bila dah atas pentas pasti tergamam atau diluar kawalan. Macam konsert2 artis barat, pihak penganjur dah inform jangan memakai pakaian yang terdedah.. anyway, itu pendapat sy lah
ReplyDeleteBetul tu, saya setuju.
ReplyDeleteMasha allah -___-
ReplyDeleteNonton film HD