Aku lahir pada tahun Malaysia merdeka dan dibentuk. Jadi, boleh dikatakan aku adalah antara yang mewarisi negara ini dari pejuang-pejuang nagara terdahulu.
Pagi ini, sempena cuti Hari Malaysia, aku bangun dengan perasaan malas. Tak ada apa-apa perancangan pun untuk hari ini. Kemudian aku terfikir...
"Apa sebenarnya orang buat sempena Sambutan Hari Malaysia ni?"
Di luar aku terdengar macam ada kemeriahan orang bersukaneka di luar rumah. Aku scroll Facebook pula, nampak ada yang pergi hiking ke Gua Charas. Sekurang-kurangnya mereka ada aktiviti untuk menyambut hari istimewa ni...
Aku...?
Masih lagi terperuk dalam bilik kelam ni. 😂
cuba korang komen sikit. Apa yang korang buat hari ini sempena menyambut Hari Malaysia?
Sambil scroll media sosial, aku ternampak pula banyak video dari negara jiran tentang isu yang lebih parah seperti kebanjiran warga Israel di negara mereka, pemimpin yang terang-terangan membazir dan korup. Timbul rasa bersyukur juga Malaysia tak seteruk itu.
Bukan bermaksud Malaysia kita ini sudah sempurna. Jauh sekali. Kita pun ada masalah kita sendiri. Ada perkara yang masih perlu diperbaiki dan ada banyak lagi ruang untuk negara kita menjadi lebih baik
Terutamanya pihak berkuasa di Malaysia aku harap akan bekerja dengan lebih kuat, tegas dan adil. Layanilah semua rakyat dengan sama rata. Jangan hanya berani dan tegas terhadap sesetengah golongan, tetapi menikus terhadap golongan yang lain. Tanganilah kebanjiran warga asing dan kegelisahan kaum di Malaysia ni dengan baik.
Kita mungkin tidak mampu mengubah Malaysia seorang diri. Tetapi sebagai rakyat, kita masih boleh memainkan peranan masing-masing. Bekerjalah dengan jujur, menjaga keamanan, menghormati perbezaan dan memastikan generasi selepas kita mewarisi sebuah negara yang lebih baik daripada apa yang kita terima.
Semoga Malaysia terus aman, maju dan makmur.
SELAMAT HARI MALAYSIA
Ciajuolah...
Rabu, 16 September 2026 (11:05 am)
Kajang, Selangor
No comments:
Post a Comment