Nuffnang

Friday, August 21, 2026

OVERTHINKING

Satu kajian oleh Lucas S. LaFreniere dan Michelle G. Newman mendapati bahawa 91.4% daripada perkara yang dibimbangkan oleh peserta kajian tidak benar-benar berlaku.

Kajian ini menarik sebab ia menunjukkan bagaimana fikiran kita boleh menyeksa diri sendiri dengan sesuatu yang sebenarnya belum terjadi.

Bagaimana kalau company tak ada project dan aku diberhentikan kerja?
Bagaimana kalau tak untung?
Bagaimana kalau dia tinggalkan aku?
Bagaimana kalau aku tak ada duit nak bayar?
Bagaimana kalau semuanya tak seperti yang dirancang?

“Bagaimana kalau…”

Sedangkan semua tu belum tentu terjadi.

Sahabat…

Kalau fikiran kau selalu dipenuhi dengan “bagaimana kalau…”, mungkin kau sedang overthinking.

Kau bukan menderita kerana sesuatu yang sedang berlaku. Kau menderita kerana sesuatu yang kau rasa mungkin berlaku.

Kau bimbang atau tidak, kalau sesuatu itu memang akan berlaku, ia tetap akan berlaku. 

Kebimbangan kau tak akan mengubah hari esok. Tapi boleh merampas kedamaian kau hari ini.

Berhentilah overthinking. Hiduplah di dunia nyata.


Ciajuolah…
Jumaat, 21 Ogos 2026 (2:24 pm)
Kajang 2

2 comments:

  1. Sangat mendalam pesanan ni. Betul, overthinking selalu buat kita menderita benda yang belum pasti. Apa tips best biasa buat bila mindset mula terperangkap dalam "bagaimana kalau" ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fokus pada apa yang kita sedang buat sekarang atau hari ini. Untuk esok, kita fikirkan esok. Mudah kan?

      Delete