Selamat menyambut Maulidul Rasul kepada semua umat Islam. Aku taknak menulis macam orang pandai sangat tentang agama cuma nak mengingatkan diri sendiri tentang 'Do' & 'Don't' yang aku rasa patut ketika Menyambut Maulidul Rasul ini. Semua cuti Maulidul Rasul ini lebih bermakna.
Do's
- Selawat sebanyak mungkin ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Fahami maksud selawat dan hayati.
- Membaca kisah hidup dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W supaya dapat memupuk rasa cinta dan sayang terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
- Menghadiri kuliah berkaitan Maulidul Rasul di surau dan masjid.
- Berusaha mengenali Nabi Muhammad S.A.W dengan lebih dekat.
- Membanyakkan amalan fardhu dan sunat.
- Melakukan apa sahaja aktiviti yang boleh menambahkan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
Dont's
- Buat Maksiat
- Membuat aktiviti yang bertentangan dengan syariat Islam dan berlaku pembaziran.
- Menghabiskan masa dengan aktiviti duniawi tanpa meluangkan masa sesaat pun memperingati Nabi Muhammad S.A.W.
Yang penting sekali kita faham objektif kita menyambut Maulidul Rasul adalah untuk mengingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W supaya dapat menambahkan lagi rasa cinta dan sayang terhadap beliau serta mengambil iktibar dari kisah hidup beliau.
Sekian,
Ciajuolah...
No comments:
Post a Comment