Ramai antara kita yang pernah tinggal solat, dan ramai juga
yang tak pernah terfikir nak qada’ solat yang tertinggal tu. Ramai juga yang
sibuk dengan solat sunat sedangkan yang wajib tak ter-qada’ lagi. Sebab ramai
yang berfikir bahawa yang lepas tu biarlah lepas. Sebenarnya solat yang
tertinggal wajib di-qada’ meskipun telah bertaubat. Berikut serba sedikit info
tentang solat qada’ dari pembacaan saya di buku-buku dan di internet.
Qada’ ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya,
manakala tunai adalah melakukan sesuatu ibadah pada waktunya.dengan kata lain,
tunai adalah “waktu Allah” dan qada’ adalah “waktu kita”.
Solat qada' perlu dilakukan untuk setiap solat fardhu yang ditinggalkan secara sengaja atau tidak. Cara solat Qada’ adalah sama seperti solat fardhu, Cuma niatnya
perlulah niat qada’. Seperti:
“sahaja aku solat
fardu <fardhu> <bil rakaat> rakaat qada’ kerana Allah Taala”.
Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, tiada waktu
larangan.
Jika solat yang ditinggalkan terlalu banyak sehingga tak
terkira, bolehlah dianggarkan berapa banyak yang telah tertinggal dan berhentilah
setelah yakin semuanya telah di-qada’-kan. Cara yang seeloknya, buatlah solat
qada’ setiap kali selesai solat fardhu. Jika pernah tinggal solat selama 20
tahun, amalkanlah solat qada’ selepas solat fardhu InsyaAllah jika panjang umur
semua solat yang tertinggal selesai di-qada 20 tahun kemudian. Jika meninggal
dunia sebelum 20 tahun, semuanya terserah pada Allah Taala, tetapi jika telah
bertaubat sepenuhnya dan menjauhkan diri dari dosa, InsyaAllah dosa-dosa akan
diampunkan oleh Allah.
Seeloknya solat yang tertinggal di-qada’ secepat mungkin,
contohnya bangun lambat dan tertinggal solat subuh eloklah kalau di-qada’
sebaik sahaja bangun dari tidur, tak pelulah tunggu waktu zohor ataupun waktu
subuh yang berikutnya.
Sekadar info untuk diri sendiri dan sesiapa saja yang
membaca.
No comments:
Post a Comment